Carian entri blog
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) 24 April 2011
Posted by
khaiatbsp
Gambar hiasan: Majlis Ramah Mesra BSP 2010 yang dianjurkan oleh JK Penaja PPBSP
Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.
Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.
Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.
Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra
Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.
Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)
Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) 24 April 2011
2011-03-08T12:56:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.