feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Car-Boot Sale pada Ahad 27 Mac 2011 di TIP

From: Azizul Jabbar Kamaruddin azizuljabbar@yahoo.com

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa kaum Ibu dari Skim Princeton Residences BSP akan mengadakan Jualan Car-Boot pada hari Ahad ini di kawasan kedai sebaris dengan Family Store, Taman Impian Putra. Butiran adalah seperti berikut:

Program  : Jualan Car-Boot (barangan terpakai)
Tarikh     : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa       : 9:00 pagi - 12:00 tghari
Lokasi     : Bersebelahan kedai MAXIS (sebaris Family Store, TIP)


Buat pengetahuan, sebahagian hasil Jualan Carboot ini didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP, dan sumbangan itu akan diteruskan setiap kali ada aktiviti jualan.

'Car-Boot Sale' ini akan cuba dijalankan pada setiap bulan, dan dikhabarkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, baik dari segi sumbangan barang yang hendak dijual mahupun dari segi jumlah jualan yang diterima.

Mohon tuan/puan yang berminat untuk menyumbangkan barang (terpakai sahaja) /menyertai aktiviti sebagai petugas/pembeli boleh singgah berjalan-jalan ke area Family Store pada hari Ahad nanti.


Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

cc Forum Putra-Mahkota.com







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.