feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





SK-BSP: Program Hari Ramah Mesra 4/7/2011 (Isnin)

166249_489546880788_182228500788_5834721_1953453_n.jpg
Gambar hiasan.

Program Hari Ramah Mesra dijadualkan pada 4/7/2011 (Isnin).

Utk sessi pagi (8 - 1.00tgh)/ sesi petang ( 2.00 - 6.00) kelas tahun 1 - 5 di bilik darjah anak masing2.
Tahun 6 di Dewan. Pukul 8.00 - 8.30 ada taklimat ringkas kpd ibu bapa berkenaan UPSR.
Anak-anak boleh di bawa balik selepas sesi menandatangani LAB.
-CG-

Sumber: http://www.facebook.com/skbandarseriputra



Comments



Papan Tanda Yang Betul SMK Bandar Seri putra

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/270239_10150281657008708_245996843707_9203770_6168560_n.jpg


Gambar papan tanda selepas diperbaiki.

http://4.bp.blogspot.com/_rTeR3RETRio/TSnJZQWVG-I/AAAAAAAAEyQ/yKfRBqHp1GE/s1600/photo.jpg
Gambar papan tanda sebelum dibaiki.

Tak perasan pun yang papan tanda (sebelum ini ramai yang tanya pasal nama sebenar sekolah) SMK Bandar Seri Putra telah bertukar. Apa yang saya dimaklumkan sebelum ini papan tanda itu silap dieja oleh kontraktor dan menunggu masa uantuk ditukar. Walapun agak lama, tapi kini ianya telah ditukar dengan ejaan yang betul. Saya baru sedar perubahahn ini selepas terlihat posting rakan-rakan di forum Putra-Mahkota. Semoga sekolah SMK-BSP akan menjadi sekolah yang cemerlang.

Khaiatbsp




Comments

Surau As-Syakirin: Ceramah Israk Mikraj, 2 Julai (Sabtu), 8 malam.


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/260141_10150244017448117_795508116_7374073_3663208_n.jpg
 

Semua dijemput ke Ceramah Israk Mikraj di Surau As Syakirin pada 2 Julai 2011

__._,_.__




Comments

Bukan Wazzup tapi WhatsApp

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270903_10150243447753117_795508116_7367503_6289351_n.jpg

"Along mana main SMS dah. Sekarang orang pakai WhatsApp lah", kata adik ku.

"Wazzup? Apa tu?", tanya ku semula.

"Bukan Wazzup lah Long. Ini WhatsApp, aplikasi mesej percuma", kata adik ku lagi.

"Ohhh! Macam BBM (Blackberry Messenger) lah", aku cuba memahami.

"A'ah betul tu", tambah adik ku yang baru membeli telefon Android barunya.

Tadi kebetulan ada teman dalam FB pun berbual perkara yang sama. Jadi, aku pun mulakan pencarian aplikasi WhatsApp ini. Yang menariknya, phone ku (Nokia) pun boleh dipasang dengan aplikasi ini. Setelah membaca maklumat tentang aplikasi WhatsApp ini, rupanya banyak kelebihannya. Yang pentingnya penghantaran mesage adalah percuma berbanding SMS (khidmat penghantaran ringkas) yang perlu dibayar antara 10-30 sen setiap satu hantaran. Keduanya, berbanding dengan BBM, ia lebih fleksibel kerana bukan hanya pengguna Blackberry sahaja boleh menggunakannya tetapi phone lain seperti iPhone, Android dan Nokia juga boleh menghantar mesage secara PERCUMA. Menarik bukan? Yang ketiganya, chat secara beramai-ramai juga dibolehkan.

Apa kata kita pasangkan WhatsApp pada phone kita semua. Layari http://www.whatsapp.com/.




Comments

Acasia teres 2-tingkat, Bandar Seri Putra untuk dijual.

Acasia teres 2-tingkat, Bandar Seri Putra untuk dijual.


Jenis Hartanah: Teres 2 tingkat

Luas Tanah: 20 x 60

Luas Binaan: 1350 kaki-persegi

Bilik: 4 bilik tidur dan 3 bilik air

Jenis Pegangan : FreeHold (Pegangan Kekal)
- Berdekatan surau
- Bersebelahan sekolah rendah (SK Bandar Seri Putra)
- Kemudahan pengangkutan awam
- Berdekatan Klinik Kesihatan

Harga Dibuka: RM220,000 (Harga Boleh runding)

Hubungi: 012 – 2655203 (Khai)



Comments

Jemputan En. Mohd Aziz Ismaun, 2 Julai, 1.30 tengahari (selepas zohor)

Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat
 
Assalamualaikum..
Bagi pihak keluarga, saya dengan hormatnya  ingin menjemput tuan ke majlis bacaan tahlil dan doa selamat seperti berikut.
 
Alamat : No 11 Jalan Seri Putra 5/2
Tarikh   : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa    : 1.30 pm (Selepas Dzuhur)
 
Kehadiran tuan amat dihargai.
 
Terima kasih.
 
Mohd Aziz Ismaun
0192828600




Comments

Blog YB: Sejenak Ke Arah Membudayakan Diri Dengan Membaca; Peraduan Mengarang Esei Dan Puisi Bangi Bandar Ilmu Dilancarkan

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/06/sejenak-ke-arah-membudayakan-diri.html

Tasik Cempaka, BBB, 24 Rajab = 26 Jun (Ahad):

Bandar Baru Bangi hari ini secara serentak sama dengan pihak negeri di Shah Alam – memperuntukkan masa sejenak bagi peserta Membudayakan Diri Dengan Membaca bermula dari jam 10.45- 11.00 pagi bertempat di pinggiran Tasik Cempaka. Peserta membaca bahan yang diedarkan oleh Penganjur iaitu Sekretariat Bangi Bandar Ilmu Adun Bangi, Pejabat Daerah dan Pihak Perpustakaan Hulu Langat. Hadir bersama ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Puan Norfaezah binti Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), En. Anuar Akasah dari Perpustakaan Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, wakil-wakil agensi dan orang ramai.


Sebelum dari tiba jam 10.45 Adun Bangi Melancarkan Peraduan Mengarang Esei Dan Puisi. Peraduan ini sempena Sambutan 3 Tahun Pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu yang dilakukan oleh Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22.6,2008 bertempat di KUIS. Peraduan Mengarang melibatkan tiga kategori:

1) Mengarang esei pada peringkat tinggi panjangnya antara 5,000 – 6,000 perkataan
2) Mengarang esei peringkat Menengah, panjangnya antara 1.500 – 2,000 perkataan
3) Menulis puisi (Pantun, Sajak, Syair dan sebagainya).

a) Esei Peringkat Tinggi bersifat ilmiah, menggunakan rujukan adalah lebih baik: Tajuk-tajuk panduan adalah seperti berikut:

1. Bangi Bandar yang membangun berpaksikan pusat pengajian dengan masyarakatnya berbudaya keilmuan.
2. Bangi Bandar Universiti: Realiti dan Harapan
3. Peranan pelbagai agensi dan institusi di sekitar Bangi bagi membina imej Bangi Bandar Ilmu
4. Bangi masih belum layak diiktiraf sebagai Bandar Ilmu
5. Kegiatran dan aktiviti bagi pengisian Bangi Bandar Ilmu
6. Industri keilmuan menjana ekonomi
7. Program dan aktiviti tahunan bagi kegiatan keilmuan di Bangi
8. Konsep Bandar Ilmu/Universiti di luar Negara sebagai panduan bagi Bangi Bandar Ilmu.
9. Melahirkan pemikir, ilmuan, budayawan dan pemimpin di Bangi
10. Memupuk masyarakat berilmu di Bangi sebagai Bandar bagi Negara Sempurna (Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur).

b) Judul-judul bagi kategori Peringkat Menengah

1) Bangi Bandar Sejahtera, aman, berilmu dan berkebajikan.
2) Meningkatkan kualiti hidup melalui institusi kekeluargaan
3) Peranan surau dan masjid di taman perumahan kami di Bangi
4) Tempat-tempat istimewa di Bangi
5) Kerjaya ibu bapa saya adalah cabaran bagi saya.
6) Minat/hobi dan aktiviti di luar masa Sekolah saya
7) Peranan Golongan muda bagi pengisian Bangi Bandar Ilmu
8) Memupuk keharmonian di kalangan penduduk Bangi
9) Sekiranya dilantik sebagai pemimpin di Bangi saya akan …
10) Bangi pada tahun 2021

c) Puisi (Pantun, Sajak, syair dan sebagainya) – temanya:

1) Kecintaan pada Allah dan Rasul
2) Berkaitan dengan Bangi Bandar Ilmu
3) Kecintaan pada Ilmu
4) Kecintaan pada Alam
5) Kecintaan pada keharmonian

Hadiah Untuk semua kategori

Pemenang Tinggi Menengah Puisi

Pertama RM5,000 RM1,000 RM1.000
Kedua RM4,000 RM800 RM800
Ketiga RM3,000 RM500 RM500
Saguhati RM1000 RM100 RM100

(Penerima hadiah juga akan dikurniakan Sijil Penyertaan)


Syarat Peraduan

1) Terbuka kepada warga Negara Malaysia
2) Semua karya mestilah asli dan dalam bahasa Melayu
3) Setiap hasil tulisan mestilah dihantar dalam `hardcopy dan soft Copy
4) Setiap karya mestilah disertakan, nama, alamat, No. Kad Pengenalan serta no telefon.
5) Esei adalah berdasarkan kepada satu tajuk panduan pilihan yang telah disenaraikan
6) Setiap penyertaan mestilah menggunakan format borang penyertaan yang disediakan
7) Tarikh Tutup semua peraduan adalah pada 31 Disember 2011.
8) Semua hasil penyertaan adalah menjadi hakmilik penganjur
9) Keputusan panel hakim adalah muktamad. Hanya karya yang memenuhi mutu yang telah ditetapkan layak menerima sebarang hadiah
10) Semua karya hendaklah dihantar ke Pejabat Adun Bangi atau melalui email - drshafien26@gmail.com.
11) Karya yang terpilih akan diterbitkan dalam bentuk buku
12) Sebarang persoalan bolehlah menghubungi:

Pejabat Adun Bangi, No. 8 Jln ¼ , Seksyen satu, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03: 89250891 atau hubungi Nabilah – 0132845497, Aisyah 0137017920

Selepas pelancaran pertandingan mengarang dan membaca lima belas minit Adun Bangi diiringi




Puan Nurfaezah menarik tali bagi memaparkan poster Bangi Bandar Ilmu dan Pelancaran Peraduan Mengarang seterusnya menandatangani postar berkenaan.



Sekian.



Comments

Pendaftaran Masih Dibuka: Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai 2011.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg


Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011
oleh Dr. Tengku Asmadi

Objektif:

  • Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang.
  • Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak.
  • Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Anjuran:

    Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk)

Dengan kerjasama:

    Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj
    Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
    Motivasi Alihan Pelajar (MAP) Training & Consultancy


Yuran penyertaan:

    RM50.00 seorang

Penyertaan:

    Terhad kepada 200 peserta terawal sahaja dan terbuka bagi peserta berumur 10 tahun dan ke atas sahaja.

Tarikh/Tempat/Masa:

   31 Julai 2011
    8.00 pagi – 6.00 petang
    Dewan Bukit Mahkota ClubHouse, Seksyen 6, Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.


Tarikh tutup:

   15 Julai 2011

Daftar sekarang:

    Secara online
    Secara manual (muat turun borang doc atau pdf)

Maklumat lanjut, sila hubungi:

   Farhan Fotocopy Center (Engku Faizal) – 013-2316296
    Haslina Mohd. Ali – 012-3614703
    Khairil Anuar – 012-2655203


atau emailkan kepada map2011[at]bandarseriputra.com

map.bandarseriputra.com







Comments

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mei-Jun 2011

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg75564#msg75564

Bendahari melaporkan untuk bulan Mei-Jun 2011, dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung berjumlah RM150,361.88. Syukur ke hadhirat Ilahi di atas kesudian seorang Hamba Allah yang telah menyumbangkan RM100,000 sekaligus kepada Tabung Dana Pembinaan Masjid pada bulan Mei-Jun ini.

Ini bermakna jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-23 pada 15 Jun 2011 yang lalu adalah RM794,052.24. (Dana di CIMB dikira sehingga 14 Jun 2011)


Alhamdulillah, sudah 4 bulan berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 . Diharapkan kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000 supaya Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..




Comments

Iklan di http://iklan.bandarseriputra.com



iklan.bandarseriputra.com

Salam warga putra-mahkota semua.

Saya baru menyempurnakan portal pengiklanan bagi warga putra-mahkota. Bagaimanapun kerana saya hanya ada satu domain, maka saya gunakan domain yang satu ini: http://bandarseriputra.com. Maka, saya menjemput sesiapa yang berminat mengiklan secara PERCUMA, bolehlah mengiklankan di sini.

Portal pengiklanan ini adalah untuk menyokong para pengiklan di putra-mahkota agar iklan lebih mudah dilihat. Boleh sahaja iklankan di portal ini, tetapi perbincangan produk boleh dibuat disini. Ia seakan portal iklan Mudah.com cuma lebih tertumpu untuk warga putra-mahkota.

Diharap usaha sedikit ini membantu warga putra-mahkota semua. Sumbangan bagi mengekalkan laman ini boleh dibuat di sini

-Khaiatbsp-





Comments

Esok: Ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, 8malam.

Insya-Allah, semua mulsimin-muslimat dijemput ke Surau Al-Hijrah esok.





Ceramah Perdana

Israk Mikraj:
1 Perjalanan 1000 Pengajaran"


Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus
(Penceramah Jemputan al-Kulliyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9, Mursyid Imam Muda)

Ahad 26 Jun 2011 (Ahad ini)
8.00 malam
Surau Al-Hijrah





Comments

Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra - Program pada 26 Jun 2011 (Ahad)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Makluman untuk muslimin dan muslimat,

 

Bersama ini disertakan jadual program/aktiviti Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra Bangi pada 26 Jun 2011 (Ahad):-

 

Masa

Program / Aktiviti

Catatan

8.30 pagi

Gotong-Royong

Kehadiran amat dialu-alukan

2.00 petang (lepas Zohor)

Kuliah Agama

Khusus untuk wanita

8.00 malam (lepas Maghrib)

Ceranah Bulanan

Ustaz Haji Khaeril Anuar b. Darus

Perunding E-Class Training Centre (M) S/B

"Penghayatan Israk & Mikraj Dalam Kehidupan  Bermasyarakat"

 

Info:

Insya Allah, Solat Jumaat pertama akan didirikan di surau ini pada 1 Julai 2011.

 

Tuan/Puan/Muslimin & muslimat di jemput hadir.

 

Sekian, wasallam






Comments

PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI BSP


Pihak Kelab Sukan BSP  menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.

Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.

Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.

Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman

Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman

Minimum penyertaan 2 bergu ATAU  4 orang pemain

Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.

 

Hadiah 1 :        RM500.00 + Piala + Hamper

Hadiah ke 2 :  RM300.00 + Hamper

Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper

Hadiah ke 4: RM100.00 + Hamper

 

 

Sila hubungi nama-nama dibawah untuk pendaftaran.

 

Mohd Nizam-019-2218602

Samsuri -     019-2397134

Cikgu Saleh – 019-3239466

Hafiz -  017-3728826

 

Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra

Tarikh : 16 & 17  Julai 2011

Tempat ; Dewan Badminton SRK BSP.






Comments

Ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, AHAD ini 26 Jun, 8 malam.


































Ceramah Perdana 

Israk Mikraj: 1 Perjalanan 1000 Pengajaran"Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus(Penceramah Jemputan al-Kulliyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9, Mursyid Imam Muda)Ahad 26 Jun 2011 (Ahad ini)8.00 malamSurau Al-Hijrah




Comments

Kejohanan Bowling Masjid-Surau DUN Bangi

\


Kejohanan Bowling Masjid-Surau DUN Bangi

17 Julai 2011 (Ahad)
10 pagi - 1.00 petang.
Metro Point Kajang
RM45.00 sepasukan

Hubungu urusetia:
Azemi 012-2562013
Faizan 012-6692862
Rozman 017-6293848
Borang penyertaan boleh diperolehi di sini.

Khaiatbsp




Comments

July events

Assalammualaikum,

Dear Bro and Sis

For the sake of Allah SWT we would like to invite you to the following programs in July:

Two Days Training "Awareness Trough Mosque Tour (ATMT)"
Date : 1st & 2nd July 2011 (Friday & Saturday)
1st July (Friday): 3.00pm - 6.30pm
2st July (Saturday) : 9.30am - 6.00pm
Venue : Meeting Room, (MSSAAS) Shah Alam Mosque
Speaker : Syed R Ali, Research Director
Discover Islam kingdom of Bahrain


Topic "Islam Universality and Uniqueness" Talk
Date : 3rd July 2011(Sunday)
Time : 9.30am - 11.30am
Venue : Bilik Kuliah, Masjid Negara
Speaker : Dr Hisham Hellyer


Presenting Islam and tour of Masjid Negara to 12 Tourists
Date : 4th July 2011 (Monday)
Time : 2.30pm
Venue : Masjid Negara
Speaker : Syed R Ali, Research Director
Discover Islam kingdom of Bahrain
*All the MTG volunteers can observe the session


Topic "Understanding Trinity and Approaching Christian Tourists"
Date : 5th July 2011 (Tuesday)
Time : 9.00am-12.00pm
Venue : Bilik Mesyuarat, Masjid Putra
Speaker : Dr Omar zaid, Senior Research Fellow ISTAC, IIUM KL,
http://zaid-pub.iii4s.org/?page_id=28


One Day Session With The Seniors of MTG Volunteers
Date : 6th July 2011 (Wednesday)
Time : 9.30am - 4.30pm
Vanue : Bilik Kuliah, Masjid Negara
Speaker : Syed R Ali, Research Director
Discover Islam kingdom of Bahrain


*PLEASE CALL US TO CONFIRM YOUR PARTICIPATION, TQ.

Sis Normah : 019-2506065
Sis Siti : 03-26926014

Nota: Mungkin tak pergi kesemua sesi ini, cuma nak kongsikan.

Khaiatbsp





Comments

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ..alhamdullilah.

Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2011/06/cadangan-membina-dan-menyiapkan-sekolah.html

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ..alhamdullilah.


href="http://1.bp.blogspot.com/-ftpTa_GoTb4/TgBVfG66P1I/AAAAAAAAA4E/S9b4iJd2D8k/s1600/skbbm1.jpg">



alhamdullilah, tender utk cadangan membina dan menyiapkan (24 bilik darjah) Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota,Bangi,Selangor dengan menggunakan sistem IBS telah pun dikeluarkan oleh kementerian pelajaran malaysia pada 18 Jun 2011.
Taklimat & lawatan tapak akan dibuat pada 24/06/2011 (Jumaat).
Terima kasih kepada pihak yang telah mengusahakan proses permohonan sekolah di bandar bukit mahkota. Semoga impian warga bukit mahkota utk memiliki sekolah menjadi kenyataan.insya-allah.




Comments

YCM CEO Series 34: Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO of SPAD





Young Corporate Malaysians


YCM CEO Series


34



For YCM CEO Series 34, we have the privilege of hosting Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO of Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

As you may know, SPAD overseas the implementation of the MRT. A current affair hot topic, the MRT will be one of the topics Mohd Nur shall talk about.

As young executives will be frequent users of the MRT, we invite you to come, listen and ask your questions on the MRT, its implementation and how it benefits the city and you! You may begin discussing with the rest of our YCM members through our unique Facebook Discussion area: comment on YCM CEO Series 34: Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO of SPAD

Date: Wednesday, 22nd June 2011
Time: 8.00pm - 9.30pm
Dress Code: Your work attire
Venue: Intercontinental Hotel (formerly Nikko),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Fee:  Free of charge
RSVP herehttps://www.facebook.com/event.php?eid=211203358919165

As with all YCM events, this event is FOC. Light food and beverages will be provided. Like YCM CEO Series 34: Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO of SPAD on Facebook

Ps- if you are unable to RSVP via Facebook, fill up your details here.
*******************************************************

Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal was appointed Chief Executive Officer of the Land Public Transport Commission on June 3, 2010. Mohd Nur started his career as a Senior Financial Analyst with CNA Financial Corp in Chicago, Illinois. After receiving an MBA with distinction from the Kellogg Graduate School of Management, he joined AT Kearney Inc, a top-tier global management consultancy headquartered in Chicago, as an Associate.

After living in the United States for 14 years, he moved back to Kuala Lumpur with AT Kearney serving clients in Singapore, Thailand, Hong Kong, and Australia. In 2001, he joined Accenture, a global technology and management consultancy, as Manager of Strategy and Business Architecture group.

Between 2003 and 2006, Mohd Nur was a Senior General Manager of DRB-HICOM Berhad and served as a member of the board of directors of DRB-HICOM Information Technologies Sdn Bhd.

Between 2007 and 2008, Mohd Nur was a Deputy Director at the Ministry of Higher Education. At the ministry, he assisted in the preparation of the ministry's strategic plan and led various teams to develop the critically acclaimed National Higher Education Action Plan.

Mohd Nur was then engaged as a Special Adviser to the Ministry of Transport in August 2008. There, Mohd Nur successfully led the Urban Public Transport Lab in developing 11 high impact initiatives as a component of the Government Transformation Program.

 See you all there!

Aiman Syed Jaafar
Convenor
Young Corporate Malaysians


UPCOMING EVENTS



Wed 22 JUN
2011







•
•
•

Copyright © 2011 Young Corporate Malaysians All rights reserved. Serving 2,137 members.

You are receiving this e-mail because you're a member of the Young Corporate Malaysians group
Unsubscribe Update subscription preferences

Young Corporate Malaysians K3 Taman Tunku Bukit Tunku Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50480




Our mailing
address is


Young Corporate Malaysians K3 Taman Tunku Bukit Tunku Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50480






Comments

Sumbangan diperlukan bagi program puasa sunat Masjid Al-Azhar KUIS

Ini adalah program yang diadakan oleh Masjid Al-Azhar KUIS. Program yang baik untuk di sokong oleh warga BSP yang kebanyakan golongan professional dan peniaga yang berjaya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Siak masjid Mohd Nor Hafiz (016-2409252).

Gambaran aktiviti Puasa Sunat yang dianjurkan oleh Masjid Al-Azhar. Purata penyertaan pelajar yang berpuasa pada kali ini adalah seramai 350 orang. Justeru itu, bagi sesiapa yang ingin menyumbang, sila berhubung dengan mana-mana jawatankuasa Masjid Al-Azhar. Tabung juga disediakan dibahagian lobi masjid. Sumbangan berbentuk barang keperluan di alu-alukan seperti Perasa Air, Gula, Susu Pekat, Kurma.
 
Dar Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yg memberi makan (berbuka) kepada orang yg berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yg berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun".(HR At-Tirmidzi)
 

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251124_219609008069454_100000610685373_694306_7479818_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/264246_219594398070915_100000610685373_694227_5769220_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/262609_219594201404268_100000610685373_694221_7844474_n.jpg

Sumber: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000610685373

Khaiatbsp




Comments

Wajah baru blog Surau Al-Hijrah

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251372_10150657062610176_329327610175_19401487_2610658_n.jpg

Blog Surau Al-Hijrah kini berwajah baru. Sebarang komen atau pandangan untuk memperbaiki blog surau sangatlah dihargai.

Khaiatbsp




Comments

Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP), 31 Julai 2011.


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/255784_233141946696526_231425046868216_1087584_4007390_n.jpg

Pendaftaran Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011





Comments

Sumbangan lawatan ke Rumah Anak Yatim/Miskin, Dengkil

Warga SP5,

Saya dan rakan2 sepejabat akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil pada 24 Jun (Jumaat ini). Oleh itu jika ada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada anak-anak yatim/miskin ini, bolehlah menghantarkannya kepada saya di alamat 28 Jalan 5/6 selepas waktu pejabat tetapi sebelum Jumaat ini. Diharap dengan sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban anak-anak ini.

---------- Forwarded message ----------

1) Visit to
Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, 24 June 2011

http://site.raymtamanbaiduri.com/clients/tamanbaiduri/images/photos/compilation5521201032153PM_O.jpg

The date for the visit to Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil had been confirmed.

Date: 24 June 2011

From what we were informed, what they really need right now are shirts for boys aged between 8 to 15years old, foods like biscuits, milo, etc and books for their mini library.  We also like to buy them toiletries and boys stuff also (as this is an all boys house).

For more details about the house, you can visit www.raymtamanbaiduri.com.


khaiatbsp





Comments

Laman web SK-BSP bermuka baru



Alhamdulillah, laman web SK-BSP sekarang bermuka baru.
Layari http://skbandarseriputra.blogspot.com
Sebarang pandangan atau komen amat dihargai.

-PAKSI-



Comments

Software serupa walkie talkie boleh guna di PC dan Blackberyy!!

Salam Jiran2 budiman,

Just nak share tentang software http://www.loudtalks.com/ dimana ianya seperti konsep PTT (push to talk), berkeupayaan untuk berhubung sepertimana radio amatur ataupun walkie talkie, saya pun dah create channel putra mahkota untuk penduduk2 disini berhubung jika ada kecemasan/pertanyaan dll.


Pengguna Blackberry pun sudah boleh menggunakannya.

id saya ialah a.zaimar  boleh add saya selepas download software di http://www.loudtalks.com/.

jumpa anda di dalam channel putra mahkota yaa...

youngbill

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=8084.msg74429#msg74429




Comments

Gambar Kenduri Anak En Nassir

Alhamdulillah, semalam telah berjaya memenuhi jemputan En Nassir kita. Seperti biasa, En Nassir akan berpantun. Sebab semalam tak dapat jawab, saya jawab hari ini.

Dam dam dum bunyi mercun,
Anak-anak datang berduyun-duyun,
Majlis meriah pengantin tersenyum,
Mudah-mudahan cucu datang menyusun.

Jemput tahlil, kami datang,
Kenduri kahwin, pun tak menghilang,
Warga SP5, warga cemerlang,
Turut hadir, jika diundang.

Terima kasih, daun keladi,
Kalau boleh jemputlah lagi,
Tuan Nassir bijak bistari,
Warga SP5 memohon maaf sepuluh jari.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249645_10150231170362996_163419787995_7268583_7295407_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/263419_10150231170397996_163419787995_7268584_4939218_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/260363_10150231171507996_163419787995_7268603_5463168_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/253982_10150231171802996_163419787995_7268612_7420293_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/263814_10150231171857996_163419787995_7268613_7369639_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/251264_10150231170937996_163419787995_7268592_2707335_n.jpg

Selebihnya, di sini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150231170167996.338303.163419787995

Khaiatbsp




Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.