feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Orentasi SK-BSP diteruskan esok 31 Dis 2010 walaupun esok cuti

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs278.ash1/20535_1319189177138_1153036704_987570_1958075_n.jpg

Orientasi untuk pelajar Tahun 1 pada esok hari (31/12/2010) tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.. Bermula pukul 8 pagi dan pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah


Sumber: http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788




Comments



Cadangan pembangunan Surau Al-Hijrah yang kekal

Insya-Allah ahli karyah Surau Al-Hijrah dalam usaha untuk membangunakan surau kekal di tapak surau sekarang. Berikut dikongsikan pelan cadangan pembinaan tersebut. Insya-Allah akan dimulakan awal tahun 2011 dan dijangka siap suku ke-3 2011. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, komen atau maklumat lanjut, sila hubungi AJK Surau Al-Hijrah atau dipostkan di sini http://surau-al-hijrah.blogspot.com/.




Pandangan surau sahaja tanpa bangunan belakang. Surau akan didirikan 2 tingkat dan dijangkan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa.


Pandangan depan (dari Putra Tropika)


Pandangan belakang (dari Seriputra5)


Pelan tingkat bawah. Ruang solat utama dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan meliputi billik musafir (2), stor, dan bilik (2 yang boleh dijadikan tadika/taska). Juga disediakan ruang legar antara ruang solat utama dan bangunan tambahan. Bilik pengurusan jenazah juga akan disediakan.


Pelan tingkat 1. Surau (ruang solat wanita) dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan yang panjang boleh dikecilkan dan boleh digunakan sebagai dewan atau dibahagikan kepada beberapa kelas.


Lokasi sebenar surau.


Pelan keseluruhan termasuk kawasan hijau dan tempat letak kenderaan.





Gambar bersaiz lebih besar boleh diperolehi di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=594995&id=329327610175&ref=mf




Comments

Gambar Forum Perdana di KUIS bersama Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Farid Ravi

Salam,

Saya kongsikan beberapa kenangan kekal semasa Forum Perdana Maal Hijrah di KUIS baru-baru ini.

















Selebihnya boleh dilihat di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=317653&id=245996843707&ref=mf

-Khai@BSP-




Comments

Kita Juara Piala Suzuki - Jumaat Cuti


Pemain Malaysia S. Kunanlan meraikan kejayaan bersama penjaring gol Mohamed Safee Sali (Kanan) selepas menyumbat gol pertama pada perlawanan kedua Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2010. Malaysia menang 4-2 secara aggregat meskipun tewas 2-1.

Buat kali pertamanya pasukan Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki AFF walaupun  tewas 1-2 dalam perlawanan malam tadi. Tahniah kepada jurulatih negara K Rajagopal kerana berjaya merencanakan kemenangan tersebut setelah menang 3-0 di Kuala Lumpur sebelum ini. Aggregate 4-2 cukup buat Malaysia selesa menjuarai kejohanan tersebut.

Sempena kejayaan tersebut, PM dah umumkan cuti hari Jumaat ini untuk warga Malaysia.

Tahniah.

Sumber:
http://www.harian-metro-online.com/malaysia-lakar-sejarah-dakap-piala-suzuki-aff
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm




Comments

Teruskan Derma Pembinaan masjid di Bandar Seri Putra

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs765.snc4/66576_121846117871581_120427501346776_135867_5100564_n.jpg

From: Riza Atiq <rizaatiq@pkrisc.cc.ukm.my>

Assalamualaikum


Derma Pembinaan Masjid Mustaqim, Bandar Seri Putra

Siapa yg telah menderma, teruskan menderma
Yang belum menderma, sila menderma

Ia merupakan amal jariah.
Keterangan lanjut:

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Riza Atiq










Comments

Pembetulan: Terkini Berkaitan Sekolah Menengah Bandar Seri Putra



Ralat: Tarikh mula pendaftaran adalah 28 Dec 2010 dan bukannya 29 Dec 2010.

Maaf di atas kesilapan tersebut.

-khai@BSP-

2010/12/28 Khair75-Gmail <khair75@gmail.com>






Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).

Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.

Khai@BSP





Comments

BATAL: SENAM AEROBIK PADA 01 JAN 2011

Untuk makluman semua, senam aerobik pada 1 Jan 2011 akan dibatalkan.

---------- Forwarded message ----------
From: Norizan Sulaiman <nsizan@umland.com.my>

Salam…..

 

Setelah dibincang bersama Tuan Hj Mazwan, senam aerobik pada 01 Jan 2011 dibatalkan kerana pada tarikh tersebut adalah cuti am – tahun baru, dikuatiri ramai yang tiada kerana balik kg.

 

Mohon dapat dihebahkan kepada semua penduduk.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam…...

 

NS





Comments

Terkini Berkaitan Sekolah Menengah Bandar Seri Putra







Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).

Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.

Khai@BSP




Comments

Pasang Grill & Awning di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: <mohdnorizam@pnb.com.my>

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat.

Surau Al-Ikhlas TIP bercadang untuk memasang grill untuk pintu sliding door
dan memasang awning di tempat wuduk lelaki dan wanita. Tinjauan yang telah
dibuat mendapati kos untuk memasang grill dianggarkan sebanyak RM1,000.00
dan awning dianggarkan sebanyak RM800.00.

Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan sekiranya ada
penduduk-penduduk / individu-individu yang bermurah hati untuk
menyumbangkan bagi tujuan di atas. Kepada penduduk / individu yang berminat
boleh memilih salah satu atau kedua-keduanya atau menghulurkan sebarang
sumbangan bagi merialisasikan tujuan di atas.

Pemasangan grill di lihat amat perlu bagi mengelakkan surau
diceroboh/dipecah masuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
(pencuri). untuk makluman, pada awal bulan Disember 2010, surau ini
hampir-hampir di ceroboh oleh pencuri tetapi sempat dikesan oleh penduduk
TIP sendiri. Setakat hari ini, surau Al-Ikhlas telah dipecah masuk sebanyak
2 kali. Sekiranya tuan-puan, saudara, saudari ingin maklumat lanjut boleh
berhubung dengan Pengerusi atau mana-mana AJK Surau.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam perkara ini amat dihargai.
Kami amat berbesar hati sekiranya maklumat ini boleh dipanjangkan kepada
orang lain. Mungkin ada orang luar yang ingin menghulurkan sumbangan samada
berbentuk sedekah, zakat, hibah atau sebagainya.

Sekian, wasallam.


MOHD NORIZAM TOMIRIN
Setiausaha
Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra Bangi
Tel: 019-3894044





Comments

Forum: 26 dan 31 Disember di Kajang

Assalamualaikum..


Dijemput seluruh warga PMC untuk datang beramai2 ke Forum diatas bagi menambah ilmu memperkemaskan jatidiri terhadap isu ini di Dewan MPKJ Kajang Ahad ini 26hb Jam 9 Malam selepas solat Isyak...






Terbuka kepada semua...





Comments

Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

Assalam...

 
Saya dan isteri menjemput semua Warga SP5 ke Majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat di rumah saya pada hari Sabtu ini.
 
Tarikh:    25/12/10, jam 11.30pagi
Alamat:    No.5, Jalan Seri Putra 5/5.
 
Kehadiran Tuan/Puan sangatlah dihargai dan semoga Allah memberkati majlis ini. TQ.
 
Regards,
Md.Nasir Baharom




Comments

Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah (20 December 2010)

Assalamualaikum wbt

 
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
 
Satu Mesyuarat Bulanan Surau Al-Hijrah akan dijalankan pada 14 Muharram 1432H bersamaan Isnin, 20 December 2010 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau, Jemaah dan semua Kariah dipersilakan hadir bagi tujuan tersebut.
 
Pihak Surau amat berharap supaya tuan-tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembeling tenaga dan usaha agar semua activiti surau yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
 
Sebarang cadangan dari pihak tuan untuk meimarahkan surau dan kegiatan surau bagi tahun hadapan amatlah dihargai. 
 
Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
  3. Perkara perkara berbangkit
  4. Laporan Biro Biro
  5. Hal hal lain
 
Sekian, terima kasih.
 
Bagi Pihak Pengerusi 
 
Setiausaha 2 
Mohd Hanafi Yunus

Nota: Kuliah Maghrib Ustaz Nushi akan dijalankan setiap Ahad. Lakaran surau baru boleh dilihat dipapan tanda surau. Insya-Allah jika tiada aral melintang projek akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka boleh digunakan untuk Ramadhan 1432H.

 










Comments

Forum Perdana di KUIS 23 Dis Lepas Isyak

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs766.ash1/165709_173826402647715_100000610685373_401156_5356647_n.jpg

Forum Perdana Sempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Hulu Langat akan diadakan pada 17 Muharram 1432 / 23 Disember 2010 (Khamis), Selepas Solat isya' (8:30 malam) di Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar KUIS.
Ahli Panel :
1)Y.Bhg. Dato' Ustaz Haji Ismail bin Kamus (Penasihat, Darussalam)
2)Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Pengarah, INHAD).
Moderator : Y.Bhg. Ustaz Zubir bin Awang (Pensyarah, Jabatan Syariah KUIS).

Semua dijemput hadir.






Comments

SM BSP - Tingkatan 1 & 2 sahaja bagi 2011

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1838.msg62692#msg62692

Salam,

Kegusaran untuk penempatan anak saya ke tingkatan 1 baru terjawab sebentar tadi, setelah mendapat penjelasan dari pegawai PPD Hulu Langat.  Beliau menyatakan bahawa sekolah akan dibuka pada penggal permulaan 2011 akan datang. Hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja akan ditempatkan di sekolah ini. 

Dan saya sempat meninjau dari tepi pagar, keadaan sekolah ini. Banyak yang dah siap, bangunan2 kelas dan bilik guru sudah siap dan boleh digunakan.  Jalan di sebelah taman seri putra dah ditar dan kerusi meja pula dah mula dibawa masuk ke dalam kelas.  Cuma makmal belum siap dan padang sekolah pun belum siap lagi, kerana tanah tapak padang sedang diratakan.

sbj_s5












Comments

KUIS: Program Puasa Sunat Hari 'Asyura pada 15 dan 16 Disember 2010 (Rabu dan Khamis)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs361.ash2/63974_172852706078418_100000610685373_395697_6999857_n.jpg
Pihak Masjid Al-Azhar akan mengadakan Program Puasa Sunat Hari 'Asyura pada 15 dan 16 Disember 2010 (Rabu dan Khamis). Majlis Berbuka Puasa akan turut diadakan secara PERCUMA dengan syarat daftarkan diri di kaunter yang disediakan seperti biasa setiap kali Isnin dan Khamis. Semua dijemput turut serta. Harap dapat diwar-warkan kepada yang lain. Hantarkan nama peserta mengikut bilangan peserta dan nombor telefon untuk dihubungi ke email saya (admin) muhammadon@kuis.edu.my. Sekian, harap maklum.




Comments

Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera

Sunday, December 12, 2010
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/12/kem-motivasi-aura-kecemerlangan-di.html

Surau Dahlia, 2 Muharram = 08 Disember ( Rabu):

Dalam musim cuti persekolahan ini berbagai kegiatan dilakukan sama ada oleh pihak masjid, surau, persatuan penduduk atau NGO bagi mengisi masa pelajar-pelajar yang sedang bercuti, agar masa mereka tidak berlalu begitu saja, tetapi dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal ini pihak JAIS juga memberi perhatian berhubung dengan bimbingan pelajar dalam masa cuti, iaitu menurunkan peruntukan melalui Pejabat Agama Daerah dengan menawarkan kepada masjid atau surau pilihan bagi mengadakan kem motivasi. Pihak yang berminat menganjur kem berkenaan juga boleh memohon peruntukan sedemikian dari pihak Jabatan Agama Daerah.

Adun Bangi sendiri menerima jemputan merasmikan Kem Motivasi Aura Kecemerlangan di atas yang memberi peluang bagi Adun memahami penganjuran seperti berkenaan.
Kem Motivasi di atas dianjur oleh Surau Dahlia dan mejemput kumpulan motivasi seramai 6 orang yang menamakan kumpulan mereka `Aura Kecemerlangan` menjalankan program motivasi Kem ini di bawah Pengarahnya, Tuan Haji Halim bin Saidin yang merupakan Pengerusi Surau dan Ketua Cawangan di sini. Ahli Jawatankuasa termasuklah Tuan Haji Ahmad Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Induk, Encik Shahrum Pengerusi Persatuan Penduduk Prumahan Dahlia. Turut hadir bersama Adun ialah Encik Khairul Nizam bin Mohd Idris dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat (PAID) dan ibu bapa pelajar.

Pengisian bagi Kem ini ialah Latihan Ibadat, Kepimpinan, Ukhuwwah dan pertandingan-pertandingan yang semuanya berlangsung di dalam dan di pekarangan surau. Adun ketika berucap untuk perasmian mengucapkan terima kasih dan syabas terhadap AJK Surau yang berjaya mengadakan Kem Motivasi pada hari itu. Ini menandakan pihak Surau dan Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak dan turut sama hadir di dalam majlis.Adun berharap melalui Kem Motivasi ini dapat memperbaiki amalan ibadart, kaedah belajar, berukhuwwah dan mentaati ibu bapa. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas peruntukan yang diberi oleh PAID bagi Kem Motivasi ini. Ini mencerminkan pihak PAID-JAIS memberi perhatian bukan saja masa persekolahan, tetapi juga pengisian di luar masa persekolahan. Adun menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama bagi keselamatan mereka dunia-akhirat.
Tuan Haji Halim memaklumkan seramai 75 orang pelajar mengikuti Kem Motivasi, mereka berumur antara 10 – 17 tahun. Menurutnya pihak PAID memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi Kem ini, tetapi jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan belanja Kem selama sehari, sebab itu sedikit bayaran dikenakan terhadap peserta, iaitu RM15/= seorang.

Pada akhir Majlis penyampaian sijil dan hadiah dilakukan oleh Adun, Sdr. Khairul Nizam, Tuan Haji Halim, Tuan Haji Ahmad dan saudara Shahrum.

Sekian.

Nota: Jika ada mana-mana penganjur yang berminat boleh minta peruntukan daripada Jabatan Agama Daerah





Comments

Perkemahan Remaja Surau Al-Hijrah



Bandar Seri Putra, 11 Disember 2010. Pada Jumaat dan Sabtu baru ini, anak-anak karyah Surau Al-Hijrah telah berpeluang untuk turut serta dalam perkemahan remaja di Surau Al-Hijrah. Perkemahan tersebut adalah acara tahunan dan melibatkan kanak-kanak berumuer 7-14 tahun. Selain mendirikan khemah, perbagai aktiviti sampingan dijalankan antaranya lakon, membina bangunan guna surat khabar, cabaran lasak, senaman dan ceramah motivasi. Ini antara lain mendedahkan kanak-kanak kepada sifat berdikari dan kerjasama. Serta ianya meningkatkan lagi keyakinan diri kanak-kanak dan mencabar minda mereka.

Tahniah kepada penganjur yang di ketua oleh Mejar Qayyum serta sekretariat program yang terdiri daripada remaja-remaja karyah Surau Al-Hijrah.



















Gambar lain di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=582582&id=329327610175&ref=mf

-Khai@BSP-




Comments

FORUM PERDANA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

FORUM PERDANA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dengan kerjasama Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Forum Perdana sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Hulu Langat pada :-

o Tarikh : 23 Disember 2010 (Khamis)

o Masa : Selepas Solat Isya'

o Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

o  Ahli Panel :-

1.  Y.Bhg. Dato' Haji Ismail bin Kamus

Penasihat, Pusat Perubatan Islam Darussalam

2.  Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah

Pengarah, Institut Kajian Hadis (INHAD)

Semua Dijemput Hadir.

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237





Comments

Klinik Kesihatan BSP Telah Mula Beroperasi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0s_LPntQUfqTT3axKM76emdtOwTx2Hncoa_0DSR7jwyi3s3cwolzCUUp_WH2ANcAYvBzQWGvGyvat3Kl-iJXxqAAPH6ct0p4tT1vuNeYJtNgDqX5XXb_bJOBe9GeYhYzUyuSFlrcS8IQ/s1600/P1040097.JPG

Salam,

Maklumat terkini tentang Klinik Kesihatan BSP, ianya telah mula beroperasi 6 Disember lalu.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5988.msg62425#msg62425

Kepada penduduk BBM, BSP, Impian Putra dan sewaktu dengannya...saya just nk inform klinik kesihatan (bersebelahan dgn petronas) sudah pon beroperasi pada 6 Disember 2010....so kepada penduduk2 semua x perlu lagi ke KK bangi....Untuk yang keje gomen tu kalau x nk bayar RM1 silalah bawak GL kerana klinik kesihatan tiada lagi sistem HRMIS... Roll Eyes......




Comments

Jemputan Kenduri En Sofian Ruddin, esok 10 Dec Selepas Isyak

Assalammualaikum.

Saya diminta untuk menghebahkan jemputan ke majlis kenduri En. Sofian Ruddin (32 Jalan 5/6) pada malam esok 10 December 2010 (Jumaat malam Sabtu). Waktunya selepas Isyak. Semua warga SP5 dijemput hadir.

- Khai on behalf of En. Sofian Ruddin





Comments

Melati: Hari Terbuka BSP dan Taman Terbaik 2010

Dari kaca mata Pangsapuri Seri Melati pula.



http://www.facebook.com/album.php?aid=42448&id=100001268842247&ref=mf





Comments

Vista: Hari Terbuka BSP dan Taman Terbaik 2010






Comments

Gambar Hari Terbuka BSP dan Taman Terbaik 2010



Gambar semasa Hari Terbuka BSP dan Taman Terbaik 2010 boleh dilihat di sini dari kaca mata warga Putra Tropika:

http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1831.msg15709#msg15709





Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.