feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Maklumat Selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK-BSP 23 Feb 2011

Berikut beberapa perkara yang telah diketengahkan dalam mesyuarat malam tadi yang boleh saya kongsikan:


  • Beberapa isu berkaitan bangunan sekolah dan pengurusannya telah dibincangkan. Antaranya, isu lampu tidak menyala dan timer lampu yang tidak mengikut masa buka/tutup yang diinginkan. Tindakan: PIBG mengharapkan mana-mana waris yang bekerja dalam bidang ini dapat membantu PIBG/sekolah dari segi konsultasi sebelum sebarang tindakan dapat dijalankan. Sila hubungi YDP.

  • PIBG bersetuju untuk membina tangga baru di blok pentadbiran (bersebelahan perpustakaan) menuju ke blok akademik kerana di situ menjadi laluan utama anak-anak ke kelas

  • Tempat menunggu diluar sekolah (hadapan sekolah) serta sedikit laluan berbumbung yang telah dijanjikan Bangi Height masih belum mendapat jawapan muktamat bila ianya akan didirikan.

  • Pintu pagar kedua yang digunakan oleh pelajar kelas khas juga boleh digunakan oleh pelajar yang berjalan kaki daripada Accasia, Mawar dan Dahlia.

  • Laluan ke pintu pagar tersebut yang becak akan diturap atas ihsan Ahli Majlis, Hj. Mazwan.

  • Masih berkenaan pintu pagar kedua, satu notis makluman akan dinaikkan bagi memaklumkan waris agar bertimbang rasa dengan penduduk Accasia dan tidak merosakkan taman Accasia dengan membawa kereta masuk ke kawasan taman. Pihak polis juga bersedia untuk menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang.

  • Isu kantin dianggap begitu serius oleh PIBG dan segala usaha akan dilakukan untuk penambahbaikannya.

  • PIBG juga telah memperuntukkan wang bagi membina palang laluan di kantin bagi mengelakkan anak-anak berebut membeli makanan.

  • Berkaitan kokurikulum yang dijalankan pada hari Rabu, ianya tidak dapat dielakkan kerana itu adalah dasar kementerian. Sila rujuk dasar kementerian pelajaran di sini http://www.moe.gov.my/?id=2&lang=my

  • Satu jawatankuasa pemuafakatan bagi mengumpul pelbagai pihak dalam menangani masalah yang dihadapi pihak sekolah akan diwujudkan melibatkan pihak seperti sekolah, PIBG, JKR, polis, MPKj dsb. Ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah dengan lebih cepat.

  • Untuk makluman, tali leher adalah wajib dipakai oleh pelajar lelaki setiap hari Isnin sahaja. Hari lain adalah secara sukarela.

  • Sinki dan beberapa kemudahan bilik rawatan bagi kegunaan doktor gigi akan dibina oleh PIBG. Ini bagi memudahkan rawatan pergigian dilakukan di sekolah.

  • Majlis Graduasi Tahun 6 yang dimaklumkan adalah untuk semua murid Tahun 6. Bukan hanya untuk pelajar cemerlang sahaja.

  • Majlis bacaan yassin akan diadakan pada hari ini (Khamis 24/2/2011 waktu maghrib) sebagai satu program untuk anak-anak yang akan mengambil UPSR.

  • Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah akan diadakan pada hari Jumaat (25/2/2011) jam lapan pagi. Perarakan melalui taman-taman di BSP akan dilaksanakan.

  • Bagi mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi, ibubapa disaran agar menasihatkan anak-anak agar menghormati dan mendengar nasihat guru sebagai satu langkah permulaan.

PAKSI bagi pihak PIBG.







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.