feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Borang Pendaftaran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/188386_10150160216958708_245996843707_8294126_7084252_n.jpg

From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>

Salam sejahtera,
 
Bagi memudahkan semua pengerusi persatuan penduduk taman BSP, saya syorkan panjangkan email ini kepada semua ahli dan anak buah masing-masing walaupun hardcopynya sudah diedarkan. Juga kerana waktu yang terhad dengan kesibukan masa pengerusi persatuan penduduk, saya syorkan borang yang lengkap diisi serta dengan bayaran penuh boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra selewat-lewatnya 20 Mac.
 
Ps: Sdr Asfazian - SMS saya terdahulu adalah dirujuk.

Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 


==========================================================================

Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.

Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.

Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.

Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:



Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra



Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.

Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)

Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.