feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Kempen Kitar Semula & Gotong Royong SP5

A'kum WRT & Salam Sejahtera buat Warga SP5,

 
Melalui mesyuarat AJK SP5 yang telah diadakan pada minggu lepas, AJK telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti kitar semula dan gotong royong seperti berikut :
 
                    Tarikh                         :    10hb April 2011
                    Hari                             :    Ahad
                    Waktu                         :    7.30pagi - 11.30 pagi
                    Tempat Berkumpul    :    Halaman rumah No. 2 Jalan Seri Putra 5/5 
 
Untuk tujuan kitar semula, warga SP5 bolehlah mula menghantar  barangan anda (suratkhabar, buku-buku lama, majalah, botol plastik dan sebagainya) mulai hari Ahad 3hb April 2011 ke halaman rumah No 2 Jalan Seri Putra 5/5.
 
Seperti lazimnya, sarapan pagi akan di sediakan.
 
Manakala untuk aktiviti gotong royong, antara yang bemain di fikiran kami adalah membersihkan persekitaran SP5, membaja dan memancang kayu terhadap pokok buah-buahan yang baru kita tanam.
 
Adalah menjadi harapan kami agar kehadiran ahli kejiranan akan bertambah berbanding dengan aktiviti yang dijalankan sebelum ini.
Unutk itu sila kemaskini jadual janji-temu anda dan masukkan aktiviti gotong royong ini menjadi agenda utama anda.
 
Sekian. Terima kasih
 
 
Rosley Abd Aziz
Setiausaha Persatuan Kejiranan SP5






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.