feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





30 Jun - Basikal - SaifulIslam - Kesihatan - Tiga Program Serentak di BSP


PROGRAM DI BSP ESOK
1 -  PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJANG
2-  SAMBUTAN SAIFULISLAM.COM KE-15 TAHUN
3-  HARI KESIHATAN DI SURAU UMAR AL-KHATAB (SUAK)


1 -  PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJANG


Inline images 2


Semua Penduduk Yang Dihormati,

 

 

Diharapkan semua penduduk telah bersedia dengan basikal masing-masing.  Turunlah bersama keluarga, kita kayuh basikal beramai-ramai sambil beriadah di pagi tersebut.

 

Sampaikan berita ini kepada jiran-jiran, kenalan supaya dapat meluangkan masa demi untuk keharmonian penduduk BSP.  Pendaftaran dibuka mulai jam 7.15 pagi dihadapan Pejabat Jualan,  BHD dan kayuhan basikal akan bermula jam 8.30 pagi.  Sila rujuk kepada aturcara terkini yang dikepilkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 Norizan bin Hj Sulaiman

Senior Executive, Security

Bangi Heights Development Sdn Bhd

34, Jalan Seri Putra 1/2

Bandar Seri Putra Bangi

43000 Kajang, Selangor

Tel:  03-8927 1611 Samb 320

HP:  019-378 3778

 


 

Salam Sejahtera,

 

1.        Bangi Heights Development Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara yang dinamakan 'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang pada 30 Jun 2012 bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan 'Sales Gallery', Bangi Heights Development Sdn Bhd.  Aturcara yang diaturkan adalah bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara PDRM dan masyarakat setempat serta mewujudkan kemesraan tanpa batasan antara Polis dan masyarakat serta bersama-sama berinteraksi untuk memperolehi informasi jenayah masa kini. Disamping itu, ianya juga merapatkan lagi kemesraan penduduk-penduduk dengan pemaju; Bangi Heights Development Sdn Bhd yang telah sedia terjalin selama ini.

 

2.        Program ini akan disertai oleh semua penduduk daripada 21 taman di Bandar Seri Putra.  Jalan-jalan yang akan dilalui untuk kayuhan basikal ini adalah di Bandar Seri Putra.  Sila lihat pelan yang disertakanVIP yang diundang adalah YDH ACP Ab Rashid bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang dan tetamu kehormat adalah YBhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj.  Sila lihat aturcara yang dikepilkan.

 

3.        Semua penduduk adalah dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dengan menyertai kayuhan basikal ini.  Sila bawa basikal masing-masing bersama.  T-Shirt percuma akan diberikan kepada semua yang mendaftar untuk kayuhan basikal.  Selain daripada kayuhan basikal, beberapa aktiviti juga diadakan seperti pameran Polis, K9 (Unit Anjing Pengesan), kenderaan peronda Polis, kaunter Rakan Cop dan tidak ketinggalan diadakan "cabutan bertuah" untuk semua penduduk yang mendaftar menyertai kayuhan basikal (akan diberi nombor cabutan bertuah semasa pendaftaran).

 

4.        Mohon pengerusi-pengerusi skim menghebahkan kepada semua komuniti.  Banner pemberitahuan akan dipamerkan dua minggu sebelum tarikh program diadakan.  Sila war-warkan program ini untuk persiapan masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 



  2-  SAMBUTAN SAIFULISLAM.COM KE-15 TAHUN


Inline images 1


Jemput hadir semua ke Sambutan Ulangtahun ke-15 Saifulislam.Com

Sabtu (esok) 30 Jun 2012
8.30 am - 11.30 pm
Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor

Temui personaliti dakwah kreatif tanah air antaranya dari Brotherhood Arts!

InsyaAllah Bro. Ammar akan kongsikan tips menarik berkenaan "Branding dan Dakwah"

Jumpa esok insyaAllah! =)



  3-  HARI KESIHATAN DI SURAU UMAR AL-KHATAB (SUAK)

Inline images 3

HARI KESIHATAN

ANJURAN BERSAMA SUAK DAN KUIS





Comments



MENAJA BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 1433H ANJURAN PIBG SRA BANDAR SERI PUTR

Inline images 1
Dalam bentuk pdf: http://​bandarseriputra.com/​sharing/sra/BuburLambuk.pdf

Assalammualikum.

 

Y.Bhg Tan Sri / Dato' / Datin / Tuan & Puan

 

 

MENAJA BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 1433H ANJURAN  

PIBG SRA BANDAR SERI PUTRA

 

Merujuk kepada perkara di atas kami PIBG SRA Bandar Seri Putra memohon jasa baik anda untuk menaja program bubur lambuk anjuran PIBG SRA Bandar Seri Putra pada bulan Ramadhan 1433 Hijrah ini. Bubur lambuk ini akan diedarkan kepada murid-murid SRA Bandar Seri Putra dan juga jiran berdekatan sekolah bermula 1hb Ramadhan bersamaan dengan 21hb Julai 2012.

 

2.    Harga bagi satu periuk bubur lambuk adalah RM300 atau bersamaan 200 bungkus.

 

3.    Tarikh akhir penyertaan adalah 19hb Julai 2012.

 

4.    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nama dan nombor dibawah:

 

               Mohd Juffri Bukhari       -      017-2033601

               Mohammed Iqbal            -      012-6563033

 

Kerjasama dan sumbangan pihak YBhg. Tan Sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik di bulan yang mulia ini sangatlah kami hargai. Moga Allah memberkati dan menggandakan amalan kita semua di bulan Ramadhan ini.

 

Sekian.  Terima kasih.

 

 

Yang benar,

  

Mohammed Iqbal

Yang Dipertua

PIBG SRA Bandar Seri Putra






Comments

Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) Masjid Al-Mustaqim BSP

Inline images 1

Assalamualaikum,

Pagi tadi kelihatan Kontraktor Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) Masjid Al-Mustaqim BSP sudah mula masuk ke tapak masjid.

  • Beberapa buah lori treler membawa besi cerucuk masuk ke simpang SRA-BSP.
  • Ada sebuah kren besar menanti di jalan tapak pasar malam, agaknya untuk mengangkat besi-besi tersebut ke dalam tapak masjid.
  • (Update 3:30pm dari Forumer PMC) Tiang-tiang cerucuk telah diturunkan. Nantikan kemasukan mesin penghentak cerucuk yg akan di bawa masuk.
Perkembangan lanjut akan di-update dari masa ke semasa

Sekian.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

__._,_._





Comments

Program Ustaz Azhar Idrus di Astro OASIS mulai 3 Julai ini

Dipetik dari http://milosuam.blogspot.com/2012/06/program-ustaz-azhar-idrus-di-astro.html

PENDAKWAH bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.



Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh penceramah yang kerap berjenaka ini.

Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama beliau.

Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sumber: Free Malays





Comments

[Surau Al-Hijrah] Undangan Majlis Tahlil Arwah



 
         
UNDANGAN MAJLIS TAHLIL ARWAH
 
Bagi menyampaikan Salam & Hajat pihak Tuan Rumah, dijemput para Jemaah Surau untuk memenuhi undangan seperti di bawah :
 
Majlis Tahlil untuk Allahyarham Mohd Zain bin Mohd Jamil 
Tuan Rumah :  ENCIK NASA RADZIE WANIR
Tarikh           :  Isnin, 25 Jun 2012
Waktu           :  Selepas Solat Isyak
Tempat         :  Surau Al-Hijrah
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

Harap Maklum.
Wassalam.
 

_______________________________________________
* Ini adalah mailinglist Suraualhijrah
Balas Email: alhijrah@surau.bandarseriputra.com
Laman web mailinglist:http://surau.bandarseriputra.com/mailman/listinfo/alhijrah_surau.bandarseriputra.com
Blog:http://surau-al-hijrah.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp





Comments

Blog ADUN Bangi: Ustaz Azhar Idrus Ikon Anak Muda - Kuliah Perdana Di KUIS

http://drshafie.blogspot.com/2012/06/ustaz-azhar-idrus-ikon-anak-muda.html

Monday, June 25, 2012

Ustaz Azhar Idrus Ikon Anak Muda - Kuliah Perdana Di KUIS

KUIS, Bandar Seri Putera, 03 Sya`ban 1433 = 23 Jun 2012 (Sabtu):

Sejak jam 1.00 tengahari kita dimaklumi Kampus KUIS dan Masjid Al-Azhar mulai didatangi kalangan anak muda yang meminati Ustaz Azhar Idrus. Mereka mulai berkampong di Masjid Al-Azhar bersama berjamaah waktu-waktu solat fardu dan sunat dan menolong apa yang patut di dalam menyiapkan persediaan yang patut bagi ceramah Ustaz Azhar pada malam ini. Dari jawapan pertanyaan yang dibuat bahawa golongan muda yang datang ini bukan saja datang dari Sekitar Bangi dan Hulu Langat, tetapi ada yang datang khusus dari Kelantan, Terengganu, bahkan dari Kedah dan Perlis.

Apakah yang membuat golongan muda ini membanjiri Kampus Kuis?

Hadir Adun di Kampus Kuis pada jam 6.30 petang, parking penuh hingga ke luar kampus, bersusun-susun di tepi jalan dan makin ke dalam, makin banyak dengan kenderaan. Walau bagaimana kereta Hilux Adun tidak ditahan dan tidak diminta parking di luar. Sebenarnya sejak pagi tadi Adun dihubungi bertanya sama ada akan hadir atau tidak ke Kuliah Ustaz Azhar pada malam nanti. Mngetahui Adun akan hadir (kami juga sebagai Penaja), no kenderaan Adun diminta. Dan sememangnya sebaik masuk dalam kampus, kereta Adun didahului dua anak muda bermotor hingga berhenti parking betul-betul di tepi masjid. Kami berempat sekereta disambut dan diiringi Imam Imran ke dalam kamar rihat Imam. Kami bercakap dengan beberapa pegawai masjid dan menunggu Maghrib. Kami dimaklumi Ustaz Azhar tiba selepas solat Maghrib.

Sebaik tiba Maghrib kami bergerak ke saf hadapan yang sengaja disekat untuk AJK masjid dan tamu-tamu. Solat Maghrib dipimpin oleh Imam Imran dan selepas selesai doa jamaah menunggu kesampaian Ustaz Azhar. Adun memerhati ke belakang kiri kanan semua ruang penuh, bahkan di ruang .tanah sebelah kanan diberi hamparan bagi jamaah muslimin dan bahagian sebelah kiri bagi jamaah muslimat. Kebanyakan mereka golongan muda lelaki dan perempuan.

Ustaz Azhar tiba terus ke kerusi ceramah. Jangkaan beliau akan bercakap berkenaan tajuk ``Anak Kunci Kejayaan`` sebagai diiklankan di poster dan media, sesuai dengan keberadaan di Kampus Kuis, sebagai panduan kepada pelajar Kuis dan anak-anak muda yang sebahagian besar tentulah dari kalangan pelajar. Namun sebagaimana lepas, pendekatan menurut format yang sama, iaitu pengajaran berdasarkan teks yang digunakan hasil dari karangan beliau. Beliau memulakan pengajaran berdasarkan ayat pertama dari Surah Al-Isra`, iaitu tentang ayat bermaksud:

``Maha Suci (Allah) yang telah menjalankan dengan hambanya (Nabi Muhammad (s.a.w.) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati kelilingnya bagi Kami memperlihatkannya daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.`` ( Al-Isra`: 1).

Walaupun bertolak dari ayat Surah Al-Isra`, nampaknya ianya adalah sebagai tempat bertolak bagi permulaan kuliah sahaja. Daripadanya disentuh berbagai-bagai persoalan. Pada dasarnya perkara yang disampaikan adalah biasa, tetapi di dalam huraiannya ianya sering membawa unsur humor yang menjadikan pendengar tergelak. Kemampuannya mencuit hati pendengar-pendengar inilah yang menjadi tarikan. Contoh beliau menyatakan . Isra` Mi`raj adalah mu`jizat Rasulullah, manakala karamah pada wali. Dua-dua dari kurniaan Allah – Menyalahi adat. `Berjalan atas air bukan karamat, tapi itu labah-labah.` (ketawa), manakala yang memanjat dinding, spiderman (Lagi Ketawa). Contoh ungkapan-ungkapan lain

`Ulama menghafal beribu-ribu Hadith adalah karamah. Ramai yang mau jadi mujtahid, tapi hafal hanya 18 Hadith (Sinis –Gelak).

"Siapa yang rasa pandai bodoh" (Ketawa)

"Siapa yang rasa banyak ilmu jahil,"(Ketawa).

Tawadu` seorang ulama berucap, selepas salam berkata, ``Sesungguhnya saya tidak mengetahui apa-apa..`` Dia pun berhenti dari berucap.(Mengangguk).

``Seorang ulama mengarang beratus buah kitab, bukan macam kita, ``Tanyalah Ustaz!`` (Sinis dan ketawa).

`Mu`jizat dipilih Allah, bukan dipilih dalam pilihan raya dengan banyak poster.` (Sindir tajam– ketawa). `Mu`jizat yang paling besar ialah Al-Quran. Dalam dari segi balaghah, maa`ni dan bayan – Indah bahasa dan mendalam.`` Demikianlah banyak lagi contoh-contoh spontan yang mencuit hati dalam kuliahnya yang memakan masa satu jam setengah, kemudian disambung dengan soalan-soalan semacam `Tanyalah Ustaz!`` memakan masa lebih dari satu jam. Ada lebih 600 soalan dikemukakan. Yang dijawab yang dipilih untuk masa sekadar lebih sejam.

Ustaz Azhar boleh dianggap berani dalam menjawab soalan yang disiarkan secara langsung. Kerana kemungkinan jawapan spontan boleh berlaku kesalahan. Di dalam hal ini beliau menjawab soalan-soalan secara jelas dan yakin, namun dari satu segi menunjukkan kealiman dan kedalaman ilmu beliau. Dalam menjawab soalan-soalan tidak lekang terkeluar dari beliau unsur-unsur humor yang mentertawakan.

Inilah daya tarikan yang ada pada ungkapan-ungkapan yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Selepas ceramah didirikan solat Isyak berjemaah. Sebelum bersurai Adun Bangi sempat menyampaikan kepada Setiausahanya Surat Tempahan Jemputan kepada Ustaz Azhar dengan hadiah buku `Bangi Bandar Ilmu,` Kami menunggu giliran yang akan diberitahu.

Sekian.




Comments

'COMMUNITY POLICING' - PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJAN PADA 30 JUN 2012

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


---------- Forwarded message ----------
From: Norizan Sulaiman <nsizan@umland.com.my>

Semua Penduduk Yang Dihormati,

 

'Countdown' 5 hari lagi menuju 30 Jun 2012.

 

Diharapkan semua penduduk telah bersedia dengan basikal masing-masing.  Turunlah bersama keluarga, kita kayuh basikal beramai-ramai sambil beriadah di pagi tersebut.

 

Sampaikan berita ini kepada jiran-jiran, kenalan supaya dapat meluangkan masa demi untuk keharmonian penduduk BSP.  Pendaftaran dibuka mulai jam 7.15 pagi dihadapan Pejabat Jualan,  BHD dan kayuhan basikal akan bermula jam 8.30 pagi.  Sila rujuk kepada aturcara terkini yang dikepilkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 Norizan bin Hj Sulaiman

Senior Executive, Security

Bangi Heights Development Sdn Bhd

34, Jalan Seri Putra 1/2

Bandar Seri Putra Bangi

43000 Kajang, Selangor

Tel:  03-8927 1611 Samb 320

HP:  019-378 3778

 

 

Salam Sejahtera,

 

1.        Bangi Heights Development Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara yang dinamakan 'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang pada 30 Jun 2012 bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan 'Sales Gallery', Bangi Heights Development Sdn Bhd.  Aturcara yang diaturkan adalah bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara PDRM dan masyarakat setempat serta mewujudkan kemesraan tanpa batasan antara Polis dan masyarakat serta bersama-sama berinteraksi untuk memperolehi informasi jenayah masa kini. Disamping itu, ianya juga merapatkan lagi kemesraan penduduk-penduduk dengan pemaju; Bangi Heights Development Sdn Bhd yang telah sedia terjalin selama ini.

 

2.        Program ini akan disertai oleh semua penduduk daripada 21 taman di Bandar Seri Putra.  Jalan-jalan yang akan dilalui untuk kayuhan basikal ini adalah di Bandar Seri Putra.  Sila lihat pelan yang disertakanVIP yang diundang adalah YDH ACP Ab Rashid bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang dan tetamu kehormat adalah YBhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj.  Sila lihat aturcara yang dikepilkan.

 

3.        Semua penduduk adalah dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dengan menyertai kayuhan basikal ini.  Sila bawa basikal masing-masing bersama.  T-Shirt percuma akan diberikan kepada semua yang mendaftar untuk kayuhan basikal.  Selain daripada kayuhan basikal, beberapa aktiviti juga diadakan seperti pameran Polis, K9 (Unit Anjing Pengesan), kenderaan peronda Polis, kaunter Rakan Cop dan tidak ketinggalan diadakan "cabutan bertuah" untuk semua penduduk yang mendaftar menyertai kayuhan basikal (akan diberi nombor cabutan bertuah semasa pendaftaran).

 

4.        Mohon pengerusi-pengerusi skim menghebahkan kepada semua komuniti.  Banner pemberitahuan akan dipamerkan dua minggu sebelum tarikh program diadakan.  Sila war-warkan program ini untuk persiapan masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB






Comments

[Surau Al-Hijrah] Program Hujung Minggu


 
         

Jemputan Majlis Kenduri
Bagi menyampaikan Hajat Tuan Rumah, di jemput Tuan-Tuan ke Majlis berikut :
 
1. MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT
    Tuan Rumah : Encik Yoti bin Yaacob
    Tarikh           : Sabtu, 23 Jun Jam 11.00 pagi
    Alamat          : No 61, Jalan Seri Putra 6/4 - Putra Tropika
 
2. MAJLIS AQIQAH & DOA SELAMAT
    Tuan Rumah : Encik Harzani bin Tahir
    Tarikh           : Ahad, 24 Jun Jam 11.00 pagi
    Alamat          : No 32, Jalan Seri Putra 6/4 - Putra Tropika
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

Kuliah Pengajian 
   

Kelas Pengajian Muslimat 
 

Harap Maklum.
Wassalam.
 
 

_______________________________________________
* Ini adalah mailinglist Suraualhijrah
Balas Email: alhijrah@surau.bandarseriputra.com
Laman web mailinglist:http://surau.bandarseriputra.com/mailman/listinfo/alhijrah_surau.bandarseriputra.com
Blog:http://surau-al-hijrah.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp





Comments

Surau Al-Hijrah: Program Khamis malam Jumaat


 
         

Tahlil Arwah & Bacaan Yaasin Hari Ketiga 
ALLAHYARHAM MOHD ZAIN BIN MOHD JAMIL
selepas solat Isyak berjemaah 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

Harap Maklum.
Wassalam.
 
 






Comments

23 Jun - Gotong-Royong - Jemputan Nasir - Jemputan Rosley

Inline images 1
Klik pada imej untuk pembesaran.

GOTONG-ROYONG SP5

Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 7.30 pagi
Tempat berkumpul: Unit no 2 Jln SP5/5

JEMPUTAN RUMAH MD NASIR
Tarikh        :    23 Jun 2012
Masa         :    1.00 Tengahari
Alamat       :    No. 5 Jalan Seri Putra 5/5

JEMPUTAN RUMAH ROSLEY
Tarikh        :    23 Jun 2012
Masa         :    8.00 Malam
Alamat       :    No. 28 Jalan Seri Putra 5/4

Calendar: https://www.google.com/calendar/embed?src=ehr3n7lg4mh0ev5lhkf18gk45s%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

Ceramah Palestin

Inline images 1

From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>

 
Ceramah khas serta tayangan multimedia (slide & video) perkembangan terbaru di Gaza.
 
1. 21 Jun 2012 Khamis selepas solat maghrib di Masjid Putra Nilai, Bandar Baru Nilai. Ceramah oleh Eng Rafeeq Salem Mekei, Datuk Bandar Gaza City.

2. 26 Jun 2012 Selasa selepas solat maghrib di Surau Al Ansar, BTHO. Ceramah oleh Eng Mohammed YUsof Hasna, Director OIC - Gaza Region. 
 
3. 29 Jun 2012 Jumaat selepas solat maghrib di Masjid Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Ceramah oleh Eng Mohammed Yusof Hasna.
 
4. 30 Jun 2012 Sabtu selepas solat maghrib di Surau Al Falah, Kajang Mewah. Ceramah oleh Eng Mohammed Yusof Hasna.
 
Sumbangan diterima untuk projek masjid dan hospital di Gaza, Palestin.
 
Semua dijemput hadir.
 

Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 






Comments

[Surau Al-Hijrah] Takziah untuk Keluarga Encik Mohd Zain bin Mohd Jamil




 
         
Khairat Kematian Surau al-Hijrah mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga 
ENCIK NASA RADZIE WANIR & PUAN RODZIWATI ZAIRIN MOHD ZAIN (no 17 JSP 6/3)
atas kembalinya ke Rahmatullah Ayahanda tercinta,
ENCIK MOHD ZAIN BIN MOHD JAMIL
 pada hari Selasa, 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433 H 
Jenazah telah selamat disempurnakan dan diksemadikan di Tanah Perkuburan Islam BSP sebelum waktu Zohor. 

Tahlil Arwah akan diadakan di Surau al-Hijrah selepas solat Isyak selama tiga hari berturut-turut. 
Semoga Allah merahmati Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama golongan yang dirahmatiNya di Jannah.
Wassalam.
 

 





Comments

Takziah: En Mohd Zain Jamil-Ahli keluarga En.Nasa meninggal dunia(19 Jun 2012)

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa En Mohd Zain Jamil (ahli keluarga En. Nasa) di alamat No. 17, Jalan 6/3 telah meninggal dunia pagi tadi.

Jenazah akan disempurnakan untuk pengebumian pagi ini 19 Jun 2012 di Bandar Seri Putra.

Pihak pengurusan forum mengucapkan takziah kepada En. Nasa.

Berita lanjut akan dihebahkan sebaik mendapat apa2 perkembangan dari AJK surau nanti.

Wassalam

Diperik daripada: http://putratropika.com/forum/index.php?topic=2000.msg16917#msg16917
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

Acara ulangtahun ke-15 saifulislam.com di KUIS 30 Jun 2012

Assalamualaikum semua,

Dijemput hadir ke KUIS bagi Program Sambutan 15 Tahun Sailfulislam.com
pada 30 Jun 2012.
Penerangan lanjut boleh didapati di http://saifulislam.com/15tahun/

__._,_._

Blog Saifulislam.com diwujudkan pada tahun 1997, sebagai platform pemiliknya berkongsi ilmu dan mengasah fikiran. Sesuai dengan usianya yang menginjak 15 tahun, blog ini juga sudah menempuh liku-likunya yang tersendiri, mengiringi perjalanan hidup pada mengisi Erti Hidup Pada Memberi. Blog ini mempunyai pelbagai kategori artikel, dan mendapat kunjungan jutaan pembaca setiap tahun.

Bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pada tanggal 30 Jun 2012 (Sabtu), Saifulislam Training & Consulting dengan kerjasama KUIS dan isacstudio akan menganjurkan Sambutan Ulangtahun ke-15 blog dakwah saifulislam.com. Sepanjang hari, bermula 8.30 pagi hingga 11.30 malam, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai acara, wacana dan diskusi ilmiah menarik berkait dengan dakwah era digital, menampilkan personaliti-personaliti tersohor dalam lapangan ini. Juga antara yang dinantikan pada hari tersebut adalah majlis pelancaran e-book terbaru dan sistem keahlian saifulislam.com.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan membawa rahmat dan memeriahkan lagi acara bermanfaat sepanjang hari tersebut!





Comments

Peringatan : Program 16 Jun Surau Al-Hijrah



 

- Borang boleh dimuat turun di sini, atau dapatkan melalui Petugas di simpang masuk atau boleh didapati di Surau. Kaunter Pembayaran di Surau dibuka sepanjang hari.
- Gotong Royong membersihkan Surau akan dijalankan sepanjang pagi sehingga masuk waktu Zohor. Kerja-kerja REWANG akan dibuat selepas itu.
- Solat Hajat & Tazkirah selepas Maghrib dan Jamuan Makan selepas Isyak. Tayangan aktiviti Surau & Euro 2012 selepas itu.
- Tajaan Sarapan Pagi dan Nasi Beriyani (malam) oleh Hazny Caterer & Services - Haji Mazni.

Diterbitkan oleh :

_______________________________________________
* Ini adalah mailinglist Suraualhijrah
Balas Email: alhijrah@surau.bandarseriputra.com
Laman web mailinglist:http://surau.bandarseriputra.com/mailman/listinfo/alhijrah_surau.bandarseriputra.com
Blog:http://surau-al-hijrah.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp





Comments

Majlis Sumbangan Pacuan Empat Roda oleh Bangi Heights kepada PDRM

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

BANGI, 14 Jun: UMland Bhd. hari ini menyerahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada Polis Diraja Malaysia untuk digunakan tugas-tugas kepolisan dalam mencegah jenayah. Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC Dato' A Thaiveegan sebentar tadi hadir bagi menyempurnakan majlis serah terima kenderaan pacuan empat roda tersebut dan majlis penyerahannya diadakan di Bandar Seri Putera, Bangi. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Ini adalah satu lagi 'Corporate Social Responsibility' oleh syarikat swasta di mana Kenderaan yang disumbangkan ini dapat membantu pihak polis dalam memperluaskan penugasan kepolisan dan menjaga kesejahteraan masyarakat. Antara yang hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMland Bhd, Encik Chia Lui Meng, Pengurus Besar Bangi Heights Development Sdn. Bhd. Encik Ng Tay Guan, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor dan Ketua Polis Daerah IPD Kajang.

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.380461425337137.80725.185472384836043&type=1

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

Ceramah Perjuangan Palestin

Inline images 1

From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>


Assalamu alaikum wr wb wm.

InsyaAllah satu tazkirah/ceramah khas mengenai perjuangan rakyat Palestin akan diadakan di Surau Ar-Raudah Seksyen 5 Bandar Bukit Mahkota seperti berikut:

Tazkirah khas Gaza
Tarikh: 15 Jun 2012
Masa: 12.45 tengah hari (sebelum solat Jumaat)
Penceramah: Tuan Haji Abd Aziz (Penyelaras MAPIM Negeri Selangor)


Ceramah khas Gaza
Tarikh: 18 Jun 2012
Masa: 7.50 malam (selepas solat maghrib)
Penceramah: sama diatas


Semua dijemput hadir.


Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 





Comments

Surau Al-Hijrah: Solat Hajat & Bacaan Yassin untuk Haji Razali Bador

 
Satu Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat akan diadakan malam ini, Khamis 14 Jun di Surau selepas solat Isyak
khusus untuk
TUAN HAJI RAZALI BADOR
yang kini sedang dirawat di Hospital UKM atas beberapa komplikasi.
 
Beliau juga merupakan Bapa Mertua kepada sahabat kita, SAUDARA NOR AZLI YAZID (AZLI MUFFIN)
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

Harap Maklum.
Wassalam.
 

 
 

_

__,_._,___






Comments

Forum Perdana Islam di Pusat Konvensyen KUIS (2 Julai 2012)

Assalamualaikum semua,

Dijemput beramai-ramai ke Majlis Ilmu. InsyaAllah akan turut dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor. Sekiranya boleh, memakai baju melayu lengkap bersamping, atau jika tiada, tanpa samping turut diterima.

Semoga kita semua diberkati Allah SWT, Amin.

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=10874.msg102144#msg102144

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

Program Surau Al-Hijrah: 16 Jun 2012

From: Syamsul Akmal <syamsul.saad@gmail.com>

Inline images 1

Klik untuk pembesaran.






Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.