feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Maklumat Terkini SK-BSP selepas Mesyuarat JK PIBG 2 November 2011

Berikut dikongsikan maklumat selepas mesyuarat JK PIBG pada 2 November 2011.

1- Akibat kekangan masa sebelum bulan puasa, banyak aktiviti dijalankan selepas bulan puasa.
2- Ini termasuk sekolah perlu menjadi tuan rumah kepada banyak acara.
3- Nampak seperti aktiviti sekolah tidak terkawal, tetapi sebenarnya dalam kawalan.
4- Pihak sekolah mengambil ingatan dan panduan apa yang terjadi pada tahun ini agar tidak berulang pada masa akan datang.
5- Pihak sekolah masih menunggu arahan lanjut dari kerajaan mengenai yuran persekolahan yang diumumkan PERCUMA oleh PM baru-baru ini.
6- Wang 'One-off' RM100 yang dijanjikan kerajaan juga masih belum mendapat arahan. Tetapi perlu diagihkan sebelum tahun hadapan.
7- 15 Nov - Hari Anugerah
8- 17 Nov - Jangkaan keputusan UPSR diumumkan
9- Buku teks yang hilang boleh diganti dengan duit.
10 - Tender kantin telah ditutup dan akan diproses minggu depan. Pengusaha kantin baru akan bermula 1 Dis 2011.
11- Berkaitan murid SRA (juga murid SK) yang digigit anjing, polisi insuran yang diambil pelajar melalui sekolah boleh digunakan kerana insuran itu melindungi pelajar 24 jam dimana sahaja.
12- Sekolah dan PIBG bersimpati dengan nasib pelajar tersebut dan telah membantu mana yang boleh.
13- PIBG melalui Mejar Qayyum telah menghantar surat kepada TPM mengenai kerisauan PIBG dengan lipahan pelajar.
14- Isu peniaga luar sekolah, PIBG dan sekolah bersetuju untuk terus-menerus mengigatkan murid dan ibubapa untuk tidak membeli dari peniaga luar tersebut. Untuk makluman pelbagai usaha telah dilakukan menagani isu ini seperti kempen sifar peniaga luar, berdepan dengan peniaga luar, melaporkan kepada MPKj, MPKj telah mengambil tindakan, beri pilihan agar kantin buka diwaktu luar persekolahan dan sebagainya gagal.
15- 7 dan 8 Nov - Cuti Raya Haji
16 - Salinan keputusan peperiksaan akan diberikan kepada penjaga selepas Hari Raya Haji
17- Hari Kantin berjaya mengutip RM25 ribu. Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan.
18- Hasil kutipan itu akan digunakan membina susur gajah dan juga infrastuktur sekolah yang lain.
19- Berkaitan, tender membina susur gajah akan dibuka mula hari ini sehingga 30 November 2011. Mereka yang berminat bolehlah ke pejabat sekolah untuk mendapatkan borang tender.
20- Jika tiada halangan, susur gajah akan disiapkan sepanjang Disember 2011.
21- Sumbangan badan koprat masih diperlukan. Maklumat lanjut bolehlah menghubungi wakil PIBG terdekat.
22- PIBG akan membantu membaik pulih dewan sekolah yang mempunyai kerosakan di sana-sini.
23- PIBG juga akan membantu dalam baik pulih tandas sekolah yang rosak kerana prose yang lambat mendapatkan peruntukan kementerian.
24- PIBG juga memberi ingatan agar kelewatan penerimaan buku teks, tanda nama dan baju sukan tidak terjadi lagi seperti tahun ini.
25- PIBG juga berharap pihak sekolah dapat menyerahkan takwin kepada ibubapa pada awal tahun hadapan agar ibubapa mudah merancang pergerakan.
26- PIBG melalui PAKSI sedang membantu sekolah dalam melengkapkan kemudahan Internet sekolah kerana segala maklumat dan masukan markah sekarang perlu kepada capaian Internet. Ibubapa atau badan korporat yang bersedia tampil membantu bolehlah menghubungi EN Khairil, Ketua PAKSI (012-2655203).
27- Cadangan pengasingan pelajar nakal tidak dapat dilakukan kerana tidak praktikal dilaksanakan di sini. Cara biasa dijalankan bagi mengatasi masalah ini adalah melalui kaunseling. PIBG juga melalui Mejar Qayyum boleh membantu dalam mengadakan kaunseling berkelompok.
28- Isu tertinggal bas kerana di denda guru. Penjaga diharap merujuk kepada Guru Besar untuk siasatan lanjut.

Dilaporkan oleh,
PAKSI
PIBG SKBSP
http://skbandarseriputra.blogspot.com






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.