feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 tahun Bandar Seri Putra : keputusan akhir

Dipetik daripada forum Putra Tropika
http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1976.msg16832#msg16832

Tahun ini, pasukan bola sepak bawah 16 tahun kita telah menempah sejarah dengan menjuarai Liga bola Sepak Bawah 16 Tahun Anjuran Pers. Penduduk Putra Tropika dengan kerjasama Kelab Sukan Putra Mahkota.  Sebanyak 10 pasukan telah bertanding

Perlawanan akhir menentang Putra Terrace A berkesudahan 2-0.
Walapun pada pusingan awal, prestasi pasukan nampak  seperti tidak konsisten, tetapi pasukan Junior Tropika B telah berjaya membantu mengimbangkan kedudukan dan sekaligus memberikan laluan kepada Pasukan Tropika A menuju ke separuh akhir dan akhirnya menjadi JUARA 2011....  Tahniah!!!!

Anugerah Penjaring terbanyak dengan jumlah gol ialah 5,  dimenangi oleh pemain dari Tropika A iaitu Saufi sementara anugerah pemain terbaik juga diberikan kepada pemain Tropika A,  Acap.  Tahniahh kepada kedua-keduanya.....

Tahniah juga kepada Tropika B-Junior kerana telah memberikan tentangan yang baik kepada pasukan yang lain dan nampaknya ramai lagi yang berbakat dan berpotensi besar untuk menjadi pelapes pasukan senior yang mungkin akan melepasi umur 16 tahun pada tahun-tahun akan datang......

Diakhir program 5 orang pemain dari tropika A & B telah dipilih menjadi pemain projek BSP bersama-sama dengan wakil-wakil pemain terbaik  taman yang lain dimana jumlah seramai 40 orang.
terima-kasih kepada semua yang terlibat, Wira selaku pengerusi program, Izad -pengerusi pers. penduduk, Dolah, Andy, Anuar Sokka,KE,  Omri,dan ramai lagi yang terlibat..... termasuk klon Anuar sokka yang bertugas sebagai referee.  terima-kasih Anuar Sokka kerana menghantar kembarmu....

Akhir kata, semoga aktiviti sukan BSP dan Putra Tropika terus berkembang maju dan lebih ramai lagi akan dapat membawa aktiviti sukan ini jauh kehadapan.   Kita juga mengharapkan lebih ramai lagi boleh menggerakkan dan mengaktifkan aktiviti Sukan Putra Tropika  pada masa-masa akan datang....

Saya memohon maaf jika sekiranya selama ini , ada kesilapan dan kelemahan dalam aktiviti sukan Pers. Penduduk Putra Tropika... dan semoga seseorang dapat menggerakkan lagi dan menambah baik aktiviti sukan kita...

sekian,,,
Selamat Maju Jaya....Majulah Sukan untuk masyarakat.....

BP
Penganjur
Liga Bola Sepak bawah 16 tahun
Putra Tropika






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.