feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Terkini di SRA-BSP: Selepas Mesyuarat JK PIBG 14 Mei 2011

Berikut dikongsikan maklumat selepas mesyuarat jawatankuasa PIBG pada 14 Mei 2011.

YDP memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke Johor pada hujung tahun ini dan meminta JK memikirkan calon yang layak untuk memangku sehingga AGM tahun hadapan. YDP juga menyeru semua AJK mengikhlaskan diri serta menanamkan semangat "Aku Nak Membantu Sekolah".


- Bengkel Jawi (Mengikut ejaan terbaru) akan dimaklumkan tarikhnya. Terbuka buat ibubapa.
- PIBG memerlukan 2 lagi tambahan AJK Ibubapa.
- Carboot Sale (di TIP) dan jualan Hari Kantin di SK-BSP akan diketuai oleh Pn. Mariah.
- Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 26 Mei 2011.
- 21 Mei - Tuan rumah Program KAMIL (Kemahiran Amal Islami)

  • PIBG akan buka satu gerai. Tabung wakaf tangga dan Al-Quran akan disediakan. Kaunter pembayaran yuran juga akan dibuka.

- Dijangkakan kenaikan elaun guru yang tertangguh bayarannya akan dibayar pada bulan ini.

- Berkenaan buku teks Tafsir Al-Quran:
  • Tafsir terkini tidak mempunyai ayat Al-Quran di dalamnya. Ada baik dan buruknya. Baiknya, ayat-ayat Al-Quran lebih terjaga daripada disepahkan oleh murid-murid. Keburukannya, susah untuk merujuk ayat. Perlu Al-Quran sebagai rujukan tetapi tidak mencukupi.
  • PIBG bersetuju melancarkan Program Wakaf Al-Quran (1,000 unit diperlukan) diketuai En Zulkifli Ambak. Boleh menerima Al-Quran atau duit. Sumbangan boleh diserahkan di pejabat sekolah.
  • Selain itu, penambahbaikan kandungan buku teks tafsir Al-Quran tersebut perlu disalurkan kepad pihak berwajib.
  • Didapati kualiti buku teks tersebut juga rendah dan mudah rosak.

- Penjual diluar sekolah:
  • PIBG sebulat suara melarang peniaga berjualan di luar kawasan sekolah atas pelbagai faktor negatif.
  • Alternatif pertama, PIBG mensyorkan kantin jual buah-buahan dan pelbagaikan jualan (tetapi bukan makan ringan).
  • Alternatif kedua, jika kantin tidak berminat, dicadangkan penjual diberi ruang berniaga di dalam dengan dikawal menu jualannya. Bagaimanapun ini perlu mendapat persetujuan pihak sekolah dan pihak kantin.

- Pembinaan surau - KIV

- Pemasangan marmar akan diteruskan dengan menyeru lebih ramai penyumbang. Ianya akan diketuai oleh En Zulkifli Ambak.

- Cadangan untuk berbincang dengan AJK masjid supaya membuat tapak letak kenderaan dahulu juga tidak praktikal dari segi kos yang tinggi.

- Isu pendawaian elektrik, JKR dah selesaikan.
  • PIBG berharap pihak sekolah/JKR dapat menjalankan pemeriksaan sekerap mungkin agar perkara yang sama tidak berulang lagi serta jika berulang, dapat diselesaikan dengan segera.

- Yuran secara kasarnya telah 80% dikutip. Banner dan kaunter akan dibuka untuk menambahkan peratusan kutipan.

- Kelab Penjaga Pelajar Tahun Enam (KPPTE) dipersetujui diletak dibawah tanggungjawab sekolah dan PIBG tidak bertanggungjawab ke atas kelab ini lagi.

- Street soccer akan diadakan dengan kerjasaman Biro Sukan dan Rekreasi, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Bagi pihak PIBG





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.