feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





KEPUTUSAN: PERTANDINGAN BADMINTON BSP 2011







Buat julung kalinya pertandingan badminton antara taman-taman telah dianjurkan oleh pihak pemaju Bandar Seri Putra, Bangi Heights Sdn. Bhd. Pertandingan yang berlangsung semalam 22 Mei 2011 telah mendapat sambutan hebat daripada warga Bandar Seri Putra yang mana menarik 36 pasukan bertanding. Sejarah juga dicatatkan kerana buat pertama kalinya dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra digunakan sebagai tempat pertandingan.









Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan pemanasan badan. Sekitar jam 8.45, taklimat undang-undang permainan telah dijalankan bagi memastikan pemain betul-betul faham format pertandingan. Seterusnya peluang diberikan untuk sebarang pertanyaan atau bantahan.

Tepat jam 9 pagi, 36 pasukan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan (A, B dan C) mula bertanding untuk merebut tempat ke pusingan ke-2. Bagi kejohanan julung kali ini, format pertandingan menetapkan hanya 2 set dimainkan. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah mata tertinggi yang dikutip daripada 2 set yang telah dimainkan. Pasukan yang kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan ini.







Hampir ke semua taman-taman di Bandar Seri Putra telah menghantar wakil. Maka penyokong setiap taman sudah tentulah bersemangat menyokong pasukan taman masing-masing. Pusingan pertama berlangsung dengan semangat permainan yang tinggi apabila setiap pasukan cuba untuk mengalahkan lawan masing-masing dengan pelbagai teknik seperti "smash", "drop shot", hantaran lintang dan sebagainya. Akhirnya hanya 18 pasukan yang berjaya ke pusingan ke-2.

Seterusnya melangkah ke ke pusingan ke-3. Sembilan pasukan semuanya. Mereka adalah 3 pasukan daripada Vista, 3 daripada Seri Mawar, satu Seri Dahlia, satu Puncak Unggul dan satu Acasia. Vista B berjaya menewaskan Dahlia 2. Manakala, Seterika Panas menewaskan Vista C. Calon tunggal Acasia pula garang menewaskan pasukan Puncak Unggul. Manakala, 3 pasukan lagi berentap 2 perlawanan untuk merebut tempat terakhir ke separuh akhir. Antara Vista A, Landak Hitam dan Landak Putih. Segalanya terjawab apa bila Landak Hitam memastikan tempat separuh akhir milik mereka.







Perlawanan separuh akhir sengit menemukan Vista B dan Seterika Panas. Manakala, Acasia A berentak dengan Landak Hitam. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Vista B dan Acasia A apabila tewas kepada dua pasukan mantap daripada Seri Mawar itu (Seterika Panas dan Landak hitam). Vista B berjaya menduduki tempat ketiga apabila menewaskan Acasia A dalam perlawanan merebut tempat ketiga. Manakala, johan pertandingan dimenangi oleh Seterika Panas menewaskan Landak Hitam.









Berikut keputusan akhir:


Tempat Pertama: Seterika Panas (Seri Mawar) - Mohd Saiful & Raja Azman


Tempat Kedua: Landak Hitam (Seri Mawar) - Radhi & Hakim


Tempat ketiga: Vista B (Vista Seri Putra) - Azlan Ali & Raub Saleh

Bagi pihak Biro Sukan & Rekreasi, BSP Induk khususnya dan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk) amnya, ucapan terima kasih kepada semua yang turut sama memerihkan majlis. Juga tak lupa kepada penganjur pertandingan, Bangi Heights Sdn Bhd. Diharap kejohanan ini akan menjadi acara tahunan.

Disertakan juga beberapa gambar menarik sepanjang pertandingan untuk dijadikan tatapan.

Album 1: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175713279150775.44070.169051276483642

Album 2: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175716109150492.44071.169051276483642

Album 3: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175718015816968.44072.169051276483642

Nota: Biro Sukan & Rekreasi ada menjual air "100 Plus" semalam bagi menambah dana biro. Jika ada mana-mana pihak yang masih belum membayarnya, bolehlah menyerahkannya kepada En Khairil ditalian 0122655203.

Biro Sukan & Rekreasi, BSP Induk






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.