feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Skuad Pemantau

Perenjis ASID kini di Sepang (Cyberjaya)

22May2011 19 Mei 2011 : Dengkil, Sepang

Berita terbaru hari ini yang sudah disahkan bahawa penyimbah asid yang berleluasa yang telah menyimbah asid ke lebih 30 wanita di Kuala Lumpur sudah berpindah operasi dan mula melakukan kegiatan jenayah di Daerah Sepang. Terbaru kejadian petang tadi seorang lelaki India telah menyimbah seorang wanita di jalan Cyberjaya - Seri Kembangan. Kenderaan dikenalpasti yang dinaiki suspek adalah Honda EX5 Hitam bernombor pendaftaran WPV4963. Kepada semua ahli Skuad^Pemantau dan penduduk kawasan berdekatan, bantuan adalah diharapkan untuk menyalurkan maklumat jika terjumpa kenderaan tersebut yang dinaiki oleh seorang dari kaum India. Sila lapurkan kepada mana-mana balai polis terdekat.

Sumber maklumat : blog skuad pemantau

===================================

Skuad Pemantau menggunakan Handphone PTT

22May2011

Skuad Pemantau adalah initiatif penyatuan komuniti dan PDRM dalam memantau kawasan kependudukan bagi membenteras jenayah yang melibatkan keselamatan diri dan harta-benda.

PERMULAAN PTT

Sekumpulan kecil penduduk Sepang bersama beberapa orang anggota PDRM telah memulakan aktiviti "komuniti kepolisan" bermula pada tahun 2009. Aktiviti ini bergerak dengan menggunakan servis Push To Talk ( PTT) yang disediakan oleh Maxis sebagai media untuk berkomunikasi. Penduduk beraksi sebagai "mata dan telinga" PDRM dalam memberi maklumat atau dalam memberikan bantuan jika kejadian jenayah berlaku.

Sebagai satu aktiviti sukarela dan perlu untuk membantu pihak polis membenteras jenayah dan mengekang kejadian jenayah dari berleluasa, banyak cabaran yang telah diterima terutama daripada yang punya kepentingan peribadi dan juga daripada sokongan pihak atasan. Beberapa Saluran (Channel) telah dibuka dan dimansuhkan kerana kemasukan ahli-ahli yang tidak membantu malah merosakkan aktiviti pemantauan ini. Etika yang diterapkan kepada Skuad Pemantau tidak diambil kira dan mengganggu fokus ahli-ahli yang serius untuk menggunakan PTT.

Skuad Pemantau ditubuhkan menggantikan saluran-saluran lain yang telah disalahgunakan sebelum ini. Kini, Skuad Pemantau bukan hanya mempunyai keahlian di Daerah Sepang, malah ianya sudah menjangkau dan melintasi sempadan daerah dan negeri. Ahli-ahli Skuad Pemantau ada daripada daerah lain seperti Hulu Langan (Bandar Baru Bangia,Bandar Seri Putra), Petaling (Seri Kembangan dan Serdang), Putrajaya, Nilai (Negeri Sembilan) dan juga Perak.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
www.skuadpemantau.com
www.skuadpemantauptt.blogspot.com

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.