Carian entri blog
JJCM: Ana Ikan Bakar Petai, BB Bangi
Siakap dan Sotong yang di bakar dengan rempah-ratus bersama petai.
Tetamu sudah boleh bau keelakan ikan bakar dari pintu masuk lagi.
Ingin merasai kelainan dalam masakan ikan bakar? Bolehlah ke kedai ANA IKAN BAKAR PETAI di Bandar Baru Bangi. Keluar tol Bangi, jumpa bulatan pertama. Ambil arah pukul 9. Dalam 100 meter ada simpang ke kanan. Itulah kedainya. Letaknya bersebelahan dengan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.
Apa kelainanya? Semestinya ikan bakar yang dipanggang dengan rempah-ratus yang dimasukkan petai ke dalamnya. Manakala, salah satu pencicahnya (air asam) ada rasa buah kedondong.
Cubalah. Sesuai untuk sekeluarga dengan kemudahan surau dan taman permainan. Kawasan terbuka yang luas. Serta, merupakan outlet ke-4 (3 yang lain di Kuantan). Dibuka jam 5 petang hingga 12 malam.
Saya dah cuba, anda bila lagi?
Starter: Kerabu mangga yang perlu dicuba.
Rekaan dinding menarik selera pengunjung
Paparan harga makanan
Selain gelas biasa, air gelas besar juga disediakan. Cuma sedikit cair airnya.
Suasana yang selesai kerana terbuka dan atap yang tinggi
Ada juga kawasan jika ingin duduk bersila
Pandangan dari surau
Ruangan pembakaran
Pencicah asam dengan kedondong (kiri) dan pencicah kicap (kanan)
Ikan siakap bakar yang ditempah
Gambar selebihnya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.170116023075166.45321.128081543945281&type=3
~~~~~~~~~
Khaiatbsp