feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Iklan: HUNKY AVIAN FUNKY ARISA, Buku Sesuai Untuk Remaja Membesar (Diskaun 10%)

HUNKY AVIAN FUNKY ARISA


Sumber: http://pts.com.my/index.php/buku/av2/

Buku ini sesuai dibaca oleh remaja yang meningkat remaja kerana perkongsian tip serta maklumat berkaitan apa yang biasa dilalui remaja. Maklumat yang baik serta dilampirkan dengan gambar berwarna menarik minat remaja untuk turut serta dalam memahami perubahan diri.


Sesuaikah untuk remaja Islam?
Insya-Allah sesuai. Ini kerana buku-buku PTS ditulis khusus untuk remaja Islam.

Adakah lenggok bahasanya sesuai untuk pelajar sekolah?
Ya, PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam tulisannya. Insya-Allah sangat baik untuk bacaan anak-anak sekolah.

Harga Pasaran: RM20

Sekarang boleh diperolehi dengan harga RM18 (Diskaun 10%)

Penghantaran percuma untuk warga Putra-Mahkota (dengan pembelian RM30 dan ke atas)

Hubungi saya Khai ditalian 012.2655.203 untuk maklumat lanjut.

Sinopsis buku

Buku ini adalah buku yang digabungkan mengikut konsep 1 + 1 yang merangkumi topik remaja lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada buku ini menceritakan kisah Avian, seorang remaja lelaki yang keliru dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badannya semasa melalui proses meningkat remaja. Pelbagai kisah lucu dan sedih dilalui Avian sepanjang melalui proses menjadi remaja lelaki dalam aspek fizikal dan mental. Avian berkongsi masalahnya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Kak Rose. Kak Rose banyak membantu Avian dengan memberikan tip-tip dan fakta-fakta yang tepat berkenaan perkembangan yang dialami oleh setiap remaja lelaki berdasarkan pengalaman Kak Rose yang sentiasa berkongsi pendapat dengan remaja lelaki melalui laman sosial selain mempunyai seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja.

Sebahagian daripada buku ini pula menceritakan pengalaman yang dilalui Arisa dalam menghadapi perkembangan dan perubahan yang dialami oleh remaja perempuan. Sebagai remaja perempuan, Arisa tidak dapat lari daripada soalan-soalan yang dia sendiri tidak mampu menjawabnya, namun segan pula mahu diajukan kepada ibunya. Tambahan pula adik-beradik Arisa semuanya lelaki. Namun Arisa beruntung kerana mempunyai seorang jiran bernama Kak Lily yang sudi berkongsi pengalaman dan memberikan dia banyak info berkaitan perkembangan remaja perempuan.

Buku ini menggabungkan antara cerita dan fakta sains yang menceritakan perubahan-perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan. Setiap fakta diterangkan melalui gambar, gambar rajah, jadual dan sebagainya. Buku berwarna yang penuh dengan gambar ini memberikan inspirasi baru untuk para pembaca remaja.


Kandungan Avian Arisa

Bahagian 1: Avian (Cabaran Menjadi Teruna)

1)Kenali Avian

2)Keluarga Avian

3)Bertemu Dakota Fanning

4)Ada Apa dengan Gadis

5)Mengapa dengan Suara Saya

6)Mengenali Perubahan Fizikal Alam Teruna

7)Main Bola, Tidur Bola

8)Mengenali Mazi dan Mani

9)Saya Mimpi Basah!

10)Mengapa Mesti Berbulu

11)Mengapa Mesti Bercukur

12)Seronoknya Menjadi Lelaki

13)I Had a Boner!

14)Lelaki, Hormon dan Seksualiti

15)Arisa, Mari Berperang!

16)Di Sebalik Tabir Bersama Kak Rose

 

Bahagian 2: Arisa (Dugaan Menjadi Dara)

1)Kenali Arisa

2)Keluarga Arisa

3)Perempuan dan Gaun Kembang Beropol

4)Hari Penuh Angin

5)Awas Avian!

6)Mahu Bentuk Kerengga, Boleh?

7)Kenali Payudara

8)Organ Reproduktif Perempuan

9)Ada Apa pada Dada

10)Haid... Mengapa Bocor

11)Ada Apa pada Perempuan

12)Mari Mulakan Misi Damai

13)Damai ataupun Terus Berperang

14)Di Sebalik Tabir Bersama Kak Lily





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.