Carian entri blog
BBW - A very-vey Bad Wolf... koyak poket :)
Dikatakan pesta buku terbesar di dunia, BBW atau Big Bad Wolf memang menjadi idaman setiap penggemar buku. Pesta yang diadakan di MAEPS, Sedang ini akan berakhir Ahad ini sangat mengujakan kerana begitu banyak buku yang dijual. Lebih menarik dan mengujakan, harga yang ditawarkan adalah harga runtuh dengan diskaun sehingga serendah 95%. Tak percaya, pergilah sendiri menjengahnya dan anda akan pulang dengan kad kredit yang hampir kosong. Buku-buku ini adalah bahasa Ingeris.
Sedikit pengalaman saya ke pesta buku terbesar ini. Kita perlu meletak kennderaan di tempat yang disediakan dan terpaksa menaiki bas feeder untuk ke dewan pameran. Kalau yang ada anak kecil tu, elok bawak carrier atau stroller. Manakala, yang rasa akan beli banyak buku, digalakkan membawa beg bagasi beroda. Ini memudahkan buku dimuatkan kedalam beg itu selepas semasa memilih dan selepas dibayar.
Bas feeder tersebut akan membawa kita terus ke dewan pameran selepas berhenti di beberapa tempat lain untuk mengambil penumpang. Tapi tak perlu berebut kerana kekerapan bas tersebut sangat baik.
Masuk sahaja ke dewan pameran yang besar itu kita boleh melihat seksyen yang dibahagikan bagi kategori berlainan. Sebelah kanan sekali untuk buku dan pelbagai barangan kanak-kanak. Sebelah tengah untuk peminat buku masakan. Manakala sebelah kiri terdapat buku pelbagai tajuk seperti teknologi, motivasi, tanaman dan sebagainya.
Kami berada di dewan itu sekitar 2 jam dengan mencari pelbagai buku bahasa Ingeris untuk anak-anak. Disamping buku teknologi untuk bapa dan novel untuk mak. Akhirnya semasa beratur membeli, penuh 2 kotak dengan pelbagai jenis buku. Kad kredit diterima sebagai bayaran tetapi jangan salah beratur kerana ada juga kaunter tunai sahaja. Memang agak sukar membawa buku-buku yang dibeli tetapi ada bantuan 'porter' percuma disediakan hingga ke kawasan menaiki bas. Selepas itu, kena bawa sendiri.
Maka, inilah hasil belian.
Buku masakan ini hanya berharga RM8
Buku "how it works" beharga RM8, yang tengah ini RM10, Ripley RM12, bawahnya tu berharga RM5 sahaja
Ini RM8 dengan hard cover
Buku kanak-kanak atara RM5 - RM10
Novel, RM8
Kalau ada yang ingin ke sana, ini petanya dan dibuka sehingga Ahad ini. Selamat membeli.
https://www.facebook.com/pages/Big-Bad-Wolf-Books-Sale-MAEPS/291100597566753
khaiatbsp