feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Majlis Berbuka Puasa SP5 Berjalan Lancar

Alhamdullilah dan terima kasih kepada semua yang turut serta dalam majlis berbuka puasa SP5 Sabtu lepas. Turut serta selain warga SP5 yang setia dan berdedikasi adalah wakil Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, NYDP, Dato Zakaria, Ketua Balai Polis Bangi, ASP Ramlan dan juga wakil pemaju, Bangi Heights, En Norizan.

Majlis berbuka puasa kali ini nampak meriah dirumah En Rosli yang telah diubahsuai dengan semua meja dipenuhi oleh warga SP5 lelaki, perempuan dan anak-anak. Hinggakan ada yang terpaksa makan secara berdiri atau duduk tanpa meja. Anggaran 200 orang yang turut hadir.

Majlis buka puasa mudah dengan kurma dan kuih-muih yang dibawa bersama secara potluck oleh semua warga SP5. Solat maghrib juga penuh hingga diperlukan dua kali jemaah. Seterusnya makan utama dihidangkan. Kali ini makanan selera kampung dengan ayam goreng, udang sambal, sayur lemak, daging gulai dan buah-buahan. Disamping itu juga, tabung derma kilat bagi mengutip sumbangan kebakaran abang kepada salah seorang warga SP5 juga diedarkan. Kutipan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM219. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang.

Masuk Isyak. Semua mula solat Isyak dan diteruskan dengan solat hajat bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar (UPSR, PMR dan SPM). Tahlil ringkas juga telah diadakan untuk disedekahkan kepada kaum keluarga yang telah meninggal.

Kemudian, solat terawikh dan witir yang diimamkan oleh para tahfiz dari KUIS. Selesai terawikh 8 rakaat, morh pula dengan hidangan kuih-muih, bubur lambuk, buah-buahan dan 'tea' tarik.

Akhirnya sesi kemas mengemas yang habis sekitar jam 11.15 malam.

Sekali lagi terima kasih kepada semua terutama kepada pihak penganjur.

Buah kelapa buah kedi, lain kali buat lagi.

Jumpa lagi di aktiviti SP5 yang lain.... Marhaban atau Baraan (bahasa Jawanya)

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198783_10150295317027996_163419787995_7776661_2208176_n.jpg
Kumpulan pertama yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294013_10150295317197996_163419787995_7776666_714418_n.jpg
Our president dan the committed En Nordin pilot

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184117_10150295317387996_163419787995_7776670_5530874_n.jpg
Warga SP5 mulai hadir dan nampak juga VIP Inspektor Ramlan dan En Norizan

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/293548_10150295317562996_163419787995_7776675_3583478_n.jpg
Kaum ibu yang turut hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294833_10150295317652996_163419787995_7776679_1895775_n.jpg
Potluck yang memenuhi meja

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198648_10150295317677996_163419787995_7776680_4869812_n.jpg
Meja VIP

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292258_10150295318412996_163419787995_7776702_1901250_n.jpg
NYDP Persatuan Penduduk juga turut hadir

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/291708_10150295317832996_163419787995_7776685_39125_n.jpg
Rakan muda SP5

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/254763_10150295317867996_163419787995_7776686_6982989_n.jpg
Anak siapa ni? Mungkin kurang kasih sayang bapa ..hehehe

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292243_10150295318032996_163419787995_7776692_3182573_n.jpg
"Maaflah ya kalau ada salah dan silap", kata En Syamsul.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294748_10150295318072996_163419787995_7776695_5305526_n.jpg
"Lama lagi ke?", kata En Shah.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184042_10150295319942996_163419787995_7776744_6187651_n.jpg
Surau sementara SP5.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/293363_10150295320162996_163419787995_7776750_1259074_n.jpg
Anak-anak turut serta solat.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184157_10150295321852996_163419787995_7776800_6756588_n.jpg
Pinggan saya... sikit je makan,

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184057_10150295321882996_163419787995_7776801_4649998_n.jpg
Kuih-muih pencuci mulut.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/254658_10150295315517996_163419787995_7776618_7076549_n.jpg http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/262798_10150295315777996_163419787995_7776627_617591_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292563_10150295316037996_163419787995_7776633_7668714_n.jpg http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292453_10150295316747996_163419787995_7776652_1022957_n.jpg

 http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292508_10150295316822996_163419787995_7776656_5722301_n.jpg http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/185382_10150295316892996_163419787995_7776658_308643_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292798_10150295316787996_163419787995_7776655_1254949_n.jpg http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294298_10150295318472996_163419787995_7776704_3009088_n.jpg
Lauk-pauk dan kuih-muih yang telah dihidangkan.

-Khaiatbsp-






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.