Carian entri blog
Cubaan rompak & samun kereta depan BSN Bandar Seri Putra
Salam semua.
Al-kisahnya ini di petik daripada Blog: http://putra-mahkota.com
Moga kita lebih berwaspada dan berhati-hati
Sekian.
_____________________________________________________________________________________________________________________________
Cubaan rompak & samun kereta depan BSN « on: Today at 03:03:18 PM » |
Salam,
Saya ingin berkongsi dengan semua warga Putra Mahkota agar berhati-hati dan berpesan pada kaum keluarga anda. Kejadian ini berlaku pada diri saya pada 1 Ramadhan (1 Ogos 2011) minggu lepas. Saya telah ke BSN untuk urusan bank dan telah side parking SUV saya dihadapan bank (sebelah construction site shop lot baru). Selesai urusan saya pun keluar dan terus menuju ke kereta dan masuk. Sedang saya nak start enjin dan mengunci pintu kereta, masuk seorang lelaki Melayu lebih kurang 160cm berkulit sawo matang dan berbadan kecil, terus cuba duduk di sebelah saya sambil mengugut menyuruh saya terus pandu kereta dan jangan cuba berbuat apa-apa untuk menarik perhatian. Rakan subahatnya pula cuba masuk dan duduk dibelakang.
Alhamdulillah berkat pengetahuan dalam seni mempertahankan diri membuatkan saya tidak panik dan bertindak pantas mencabut kunci kereta dan terus keluar dari kereta sambil menjerit meminta tolong. Apabila orang sekeliling berlari ke arah saya, penjenayah berdua tu panik dan keluar dari kereta saya dan berlari ke arah kereta mereka, Perodua Alza warna putih dengan nombor pendaftaran WTK 1361 yang diletakkan dibelakang kereta saya untuk melarikan diri. Dalam keadaan kelam kabut, mereka cuba keluar dari simpang dekat BSN dan telah bergeser dengan sebuah kereta Proton Iswara yang baru memasuki simpang tersebut.
Setelah saya buat report polis dan cek dengan IPD Kajang, kereta Perodua Alza tersebut dilaporkan dicuri di Bukit Beruntung 4 bulan lepas. Hati-hati terutama di musim perayaan ni kerana kejadian jenayah makin menjadi-jadi di kejiranan kita ni. Alhamdulillah penjenayah tu tak dapat apa-apa dari saya, kalau tak memang raya sakanla mereka tu.