Carian entri blog
Jualan Buku Amal Tampung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP
Posted by
khaiatbsp
Jualan Buku Amal Tampung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP.
Salam ukhwah buat muslimin dan muslimat yang diberkati Allah.
Moga ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua. Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra akan menjadi kenyataan berkat muafakat dan kerja sama warga BSP yang amat budiman.
Akan datang buku untuk jualan amal bagi menampung dana bagi pembinaan masjid tersebut. Buku AURA KEJIRANAN dan KERAMAT SEBUAH HATI berharga RM15.00 senaskah. Ia ditulis oleh warga BSP yang juga mantan YDP PIBG SK-BSP, Mejar Qayum.
RM10.00 dari setiap buku yang dijual akan disumbangkan terus ke tabung pembinaan masjid.
Marilah membeli buku yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur sambil menderma.
Hubungi terus AJK masjid atau hubungi En. Mohammad Qayyum (Mejar Qayum) untuk naskah anda. 019-3716910 atau email qayum_68@yahoo.com .
Disamping itu, kupon berharga RM50.00 untuk sumbangan masjid juga boleh diperolehi sekarang.
Buku lain tulisan Mejar Qayum:
DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA AKAN MENGHADAP UNTUK SATU PERJALANAN YANG PANJANG, SANGAT PANJANG. SATU PERJALANAN YANG INFINITI.
PAHALA MEMBINA MASJID
Dalam satu hadis, siapa yang membina masjid kerana Allah (orang Islam yang bina masjid dengan duit yang halal), Allah akan membina mahligai untuknya di syurga. Samada masjid itu di bina secara sumbangan perseorangan atau perkongsian, walaupun sekadar derma Rm1. (akan mendapat mahligai yang setaraf dengan sumbangannya).
TEMPAT YANG BAIK
Sabda Nabi s.a.w, sebaik-baik bumi ialah masjid. Sejahat-jahat bumi ialah pasar. Ini merupakan jawapan kepada satu rombongan Yahudi yang bertanya baginda tentang bumi mana yang tuhan sayang dan bumi mana yang tuhan benci. Rasulullah s.a.w pada mulanya tidak tahu jawapan unuk soalan ini. Baginda bertanya kepada Jibrail, Jibrail juga tidak tahu. Lalu Jibrail naik bertemu Allah untuk mendapatkan jawapan. Setelah Nabi memberi jawapan tersebut, 33 orang Yahudi tadi memeluk Islam (mungkin perkara ini juga disebutkan dalam kitab mereka.
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
At-Taubah [17] Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

__._,_.__
Jualan Buku Amal Tampung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP
2011-08-04T10:02:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.