Carian entri blog
Borang penyertaan tahlil, berbuka dan moreh
Posted by
khaiatbsp
Muslimin muslimat yang berhajat untuk turut serta dalam program di surau Al-Hijrah seperti program tahlil arwah, tajaan berbuka puasa dan tajaan moreh bolehlah mengisi borang yang dikepilkan dan menghantarnya kepad bendahari surau saudara Mazlan Abdullah (012.3666.764).
Sekadar mengingatkan kita mengenai program-program di surau Al-hijrah.
1 - Amalan solat berjemaah pada setiap waktu akan terus berjalan dan ditambah dengan kehadiran 2 imam jemputan kita (tahfiz dari Kelantan).
2 - Agihan bubur lambuk tajaan Mazni Cateering setiap hari bekerja mulai jam 5 petang.
3 - Berbuka puasa di surau akan diadakan setiap hari dimana jawatankuasa surau akan bergilir-gilir berbuka di surau.
4 - Tahlil arwah akan diadakan sebaik selepas solat Isyak.
5 - Solat terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat yang diimamkan oleh tahfiq jemputan kita.
6 - Tadarus Al-Quran selepas solat witir.
7 - Moreh (jika ada). Insya-Allah senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa.
8 - Majlis berbuka puasa perdana anjuran surau juga akan diadakan (tarikh akan dimaklumkan kemudian)
9 - Tabung bergerak untuk sumbangan aktiviti surau akan berjalan setiap malam. Boleh juga terus menyumbang ke akaun surau 1207-0005265-71-8 (Bank Muamalat) dan seterusnya maklumkan bendahari (012.3666.764) sebagai makluman.
Marilah kita meingimarahkan surau kita sepanjang bulan rahmat ini. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan menempatkan kita bersama orang-orang beriman diakhirat kelak.
Khaiatbsp
Borang penyertaan tahlil, berbuka dan moreh
2011-08-01T14:13:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.