feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Tazkirah : Adab Berjiran

Labels:

Adab berjiran kena banyak berkompromi, jangan jadikan hal-hal yang kecil hingga sampai bertelagah dan bertegang urat dan selanjutnya tidak bertegur sapa. Bukan sekadar mengenali siapakah jiran kata, dengan hanya mengetahui nama mereka sahaja, malah kena lebih dari itu.

Banyak contoh yang boleh diambil di mana kepentingan jiran melebihi dalam banyak hal seperti bilamana kita atau jiran nak mengahwinkan anak-anak sudah pasti ruangan jiran, bising, sisa sampah, kesan bau dan sebagainya boleh mnggugat kesabaran kita. Malah lagi, dalam masa menguruskan kematian pun begitu juga, jiranlah yang akan bertindak sebagai saudara terdekat kita.

Dari Abi Syuraih al-Khusa'i Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam". (Riwayat Muslim)

Sebagai jiran, kita masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

(a) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut "Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan "Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya."

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(c) Berbuat baik kepada jiran.

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan. Kepada jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.

Sikap dan perbuatan jiran yang melampaui tatasusila, bertentangan sama sekali dengan itu semua. Namun bagi kita pula hendaklah mengambil sikap dasar seterusnya.

(d) Menanggung kejahatan jiran.

Kata pepatah Melayu ''Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali". Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa (menghalang kenderaan, membuang sampah, berbuat bising dan sebagainya). Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran.

Hatta, saya bermohon kepada semua jiran saya di SP5 ini, dapatlah mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, bukan sekadar kenal mengenali dan menyimpan nombor telefon mereka, malah dapat meningkatkan lagi keakraban dan menanamkan sikap timbangrasa, faham memahami dan tolong menolong.

Dengan adanya, program "Bulan mesra jiran (Love Thy Neighbours)" ini, dapatlah kita semua mengambil peluang untuk lebih bersatu hati dalam semua segi.

 Amin.

salman selamat
13, jsp 5/6, bsp






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.