feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Hari Pendaftaran Anak Kariah & BBQ Keluarga Surau Al-Hijrah

Labels:



Assalamualaikum.

Bagi memenuhi ketetapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001, telah menetapkan Setiausaha Surau hendaklah membanci dan mendaftarkan semua orang Islam yang bermastautin atau bermukim dalam kariah surau itu.

Oleh itu, Surau Al-Hijrah telah bersetuju untuk membanci Anak Kariah yang terdiri dari para penduduk Putra Tropika dan Putra 96 (SP5) yang berumur melebihi 18 tahun dan menetapkan 10 April 2010 sebagai Hari Pendaftaran Anak Kariah. Pada hari itu, Surau akan membuka kaunter bagi memudahkan sesi pendaftaran. Borang dan flyers pemberitahuan akan diedarkan secepat mungkin bagi memudahkan Tuan-Tuan untuk mengisinya. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada AJK Surau pada pagi 10 April 2010. Jika tidak berkesempatan, selepas Zohor, para petugas akan bergerak dari rumah ke rumah bagi mengambil borang yang masih belum diserahkan. Usaha ini memerlukan bantuan menyeluruh dari semua pihak termasuklah Persatuan Penduduk kawasan terlibat.

Pihak Surau juga mengambil kesempatan untuk mengedarkan borang Khariat Kematian supaya semua pihak dapat memperolehi faedah-faedah yang ditawarkan dan menunjukkan usaha mengambil berat akan hal-hal kebajikan sesama jiran.

Bagi meraikan hari tersebut juga, pihak Surau menganjurkan BBQ Keluarga yang akan diadakan selepas Maghrib hari yang sama. Sokongan Tuan-Tuan amatlah diharapkan supaya kariah kita semua akan menjadi kawasan kejiranan yang makmur dan saling mengenali.
Proses penyediaan Borang untuk edaran akan dilakukan pada malam esok, Khamis 1 April 2010 di Surau Al-Hijrah selepas Solat Isyak. Kepada AJK dan jemaah Surau yang berkelapangan, dialu-alukan hadir untuk membantu.

Untuk makluman, Flyers, Borang Anak kariah(Ahli Kariah) dan Borang Khairat Kematian akan mula diedarkan pada malam ini.

Kepada yang mungkin tercicir dalam senarai atau sebab-sebab lain (cuaca, borang rosak dsb) bolehlah memuat turun borang berkenaan di: http://www.scribd.com/doc/29263702/Al-Hijrah

Sebarang perkembangan akan diberitahu dari masa ke semasa. Terima kasih.

Syamsul Akmal Mohd Saad
Timbalan Pengerusi II Surau Al-Hijrah BSP







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.