feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Berita: Harian Metro

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/85_perlusetuju/Article/

85% perlu setuju

Oleh Amirul Haswendy Ashari

2010/04/26
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

BANGI: Sekurang-kurangnya 85 peratus penduduk perlu bersetuju sebelum sistem komuniti berpengawal boleh dilaksanakan di kawasan perumahan di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman, berkata ia berikutan sistem itu memerlukan komitmen sebahagian besar penduduk setempat.


"Berbeza dengan sistem komuniti berpagar, persetujuan 100 peratus penduduk diperlukan sebelum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.


Sehingga kini, lebih 20 komuniti berpengawal dan 10 komuniti berpagar diluluskan MPKj dan ia bertambah dari semasa ke semasa.


Pertambahan ini berpunca daripada kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga keselamatan tanpa terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.


Menurut Hassan Nawawi, susulan permintaan yang semakin bertambah, persatuan penduduk perlu mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan PBT.


"Selain daripada persetujuan majoriti penduduk, mereka juga perlu bertoleransi untuk mengelak daripada salah faham berikutan jalan yang ditutup kepada orang luar," katanya lagi.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Bulan Mesra Jiran Seriputra5 (SP5) di Bandar Seri Putra, di sini, semalam.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5, Jeffri Jaafar, ketika ditemui berkata program itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat kejiranan dikalangan penduduk sekitar.

"Selain daripada memperkasakan 1Malaysia, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti kepolisan dan keselamatan di SP5," katanya.


Antara agensi yang terbabit dalam program itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.