feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Keputusan bolasepak: Putra Terrace 2 - 4 Seriputra5

Labels:

BSP, Ahad, 18 April 2010.



Satu perlawanan bolasepak antara Putra Terrace dan Seriputra5 (SP5) telah dilangsungkan di padang Bandar Seri Putra (BSP) semalam. Perlawanan telah berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dengan kehadiran pemain dan penyokong kedua-dua belah pihak. SP5 dengan baju belang hijau putih (yang mahu dikenali sebagai "Iguana") telah berjaya menewaskan Putra Terrace dengan jaringan 4-2.

Pasukan SP5 Iguana yang telah diperkuat dengan pemain tengah Seelan Paul dan penyerang sensasi BSP Atiq Somchit telah terlebih dahulu mendahului pihak lawan pada separuh masa pertama. Gerakan solo Atiq telah membuahkan hasil dan jaringan pertama telah menaikkan semangat para penyokong SP5 yang diketuai oleh Abg Fadzel, Dato' Annas dan En Nordin Pilot.

Gol kedua pula menyusul hasil hantaran cantik pemain tengah SP5 yang melorongkan bola kepada pemain sayapnya sebelum dihantar ke tengah untuk disudahkan oleh Atiq sekali lagi. Gol ketiga dijaring oleh Seelan Paul hasil bola yang tidak dihantar kemas oleh penjaqa gol Putra Terrace dan di sambar oleh pemain tengah SP5 sebelum dilorongkan kepada Seelan yang berada dalam petak penalti dengan pusingan yang cantik dan rembatan kaki kiri.

Separuh masa pertama SP5 3, Putra Terrace 0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan setelah kemasukan beberapa pemain baru. Putra Terrace berjaya mendapat jaringan pertama akibat suasana kelam-kabut di hadapan gol SP5.

SP5 membalas serangan dan akibat kesilapan pemain pertahanan Putra Terrace, gol sendiri telah dijaringkan.

Manakala gol kedua Putra Terrace dijaringkan hampir ke minit-minit terakhir permainan.

Kesudahannya, SP5 4-2 Putra Terrace.

Ditulis oleh Khai@BSP.





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.