feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2012

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Ketua-Ketua Skim Yang Dihormati,

 

1.            BHDSB akan menganjurkan Pertandingan Badminton BSP 2012 pada 26 Mei 2012 (Hari Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang bertempat di SK BSP.  Semua penduduk adalah dijemput hadir dan menyertai pertandingan ini.  Rengkasan peraturan adalah seperti berikut:-

 

a.       Penyertaan pertandingan hanyalah terhad kepada penduduk yang berumur 30 tahun ke atas dan bermastautin di Bandar Seri Putra serta wakil penganjur sahaja.

 

b.      Setiap persatuan penduduk hanya dihadkan untuk menghantar dua pasukan sahaja. Pertandingan yang dianjurkan hanyalah untuk beregu dan tiada pertandingan perseorangan.  Pendaftaran pemain hanya untuk dua (2) orang bagi setiap beregu dengan tiada pemain simpanan.

 

a.       Borang pendaftaran hendaklah dihantarkan ke pejabat urusan Bangi Heights Development Sdn Bhd sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 04hb Mei 2012 (Jumaat).

 

b.      Cabutan undi akan diadakan pada 8hb Mei 2012 (Selasa) jam 5.00 petang di Pejabat Urusan Bangi Heights Development Sdn. Bhd. oleh pihak penganjur bagi menentukan pasukan yang akan bertanding pada hari berkenaan. Wakil setiap persatuan penduduk digalakkan hadir bagi tujuan tersebut. Cabutan undi yang dibuat akan dirakamkan untuk rujukan.

 

2.            Bersama-sama ini disertakan peraturan dan borang penyertaan pertandingan serta banner untuk tindakan tuan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 

Borang Penyertaan








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.