feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





KL Tower International Day Night Towerthon Challenge 2012

Menara Kuala Lumpur buat tahun kesebelasnya akan menganjurkan Larian "KL TOWER INTERNATIONAL DAY NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2012" pada Sabtu, 19 Mei 2012.

 

Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 di dalam cabaran berlari mendaki bukit sejauh lebih kurang 1 kilometer dan seterusnya mendaki 2,058 anak tangga untuk sampai ke garisan penamat iaitu di Mega View (TH03) dengan ketinggian 288 meter.

 

Sebanyak 10 kategori akan dipertandingkan, diantaranya adalah:-

 

  1. Lelaki Terbuka (18 - 39 tahun)
  2. Lelaki Veteran Junior ( 40 - 49 tahun)
  3. Lelaki Veteran Senior (50 dan ke atas)
  4. Wanita Terbuka (18 - 34 tahun)
  5. Wanita Veteran (35 dan ke atas)
  6. Lelaki Junior (13 - 17 tahun)
  7. Perempuan Junior (13 - 17 tahun)
  8. Kakitangan Telekom Malaysia kategori Lelaki (18 dan ke atas)
  9. Kakitangan Telekom Malaysia kategori Wanita (18 dan ke atas)
  10. Kategori Kurang Upaya (18 dan ke atas)

 

Sila rujuk di bawah bagi yuran pendaftaran. Kadar yuran adalah berbeza mengikut kategori, tarikh pendaftaran dan kerakyatan. Daftarlah pada kadar segera untuk menikmati diskaun!

 

Kategori

Sekarang – 31 Mac

1 Apr – 30 April

1 Mei – 10 Mei

Individu

RM40.00

RM50.00

RM65.00

Junior

RM25.00

RM30.00

RM30.00

Kakitangan TM

RM20.00

RM30.00

RM40.00

Warga Asing

RM60.00

RM80.00

RM100.00

 

Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom dan muat turun dari http://www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl. Peserta juga boleh mendaftar secara online di http://www.themarathonshop.com.my/events/towerthonrun2012/.

 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2012 pada jam 6.00 petang atau setelah pendaftaran peserta mencecah 3,555 orang. Larian Percubaan akan diadakan pada 16 Mei 2012 mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03 – 2072 1219 atau 2020 5444 dan layari laman web www.menarakl.com.my

 

Bagi pihak Menara Kuala Lumpur & Komunikasi Korporat Kumpulan TM,







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.