Carian entri blog
SRA-BSP: Gambar Ibubapa berjumpa guru mengetahui prestasi anak.
Semalam berlangsungnya Hari Menandatangani Buku Kemajuan Murid di SRA Bandar Seri Putra. Ibubapa datang berduyun-duyun untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing setelah setengah tahun persekolahan. Yang gembira dengan kejayaan anak mereka akan berdoa agar prestasi anak mereka terus cemerlang. Manakala anak-anak yang kurang cemerlang (dalam pelajaran sahaja bukannya dalam semua bidang), ibubapa mula mencongak strategi bagi memastikan anak mereka meningkat prestasinya. Salah satunya adalah dengan menghadiri kelas tambahan.
Untuk SRA BSP, beberapa guru telah dengan senang hati menawarkan diri untuk mengadakan kelas tambahan. Maka jika ada ibubapa yang berminat, boleh menghubungi guru berkenaan. Saya tak ingat guru-guru tersebut. Insya-Allah kalau jumpa maklumat tersebut, saya akan kongsikan di sini.
Selebihnya di sini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150234474883863.328980.179473523862
Kredit kepada Ustaz Syahmi
-Khaiatbsp-