Carian entri blog
RM8 makan durian sepuasnya di Restoran Jejantas Sungai Buloh
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
26/07/2011 5:17pm
KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada "Pesta Jom Makan Durian" di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama