Carian entri blog
Blog ADUN Bangi: `Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi
`Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/tadarus-daurah-budaya-penduduk-bandar.html
Satu budaya yang unik dan identik dengan surau-surau dan penduduk BBB ialah amalan Tadarus Daurah (Keliling) yang dianjur oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama surau-surau di BBB yang berjumlah 30 buah. Bermaksud Tadarus Quran dilakukan secara keliling sebulan sekali dari surau ke surau. Bila kena giliran satu surau, wakil-wakil dari surau-surau datang ke surau yang menjadi pilihan untuk bertadarus Qur`an selepas solat maghrib hingga tamat dan solat Isya`. Sebelum tadarus dibahagikan 30 kumpulan (bagi 30 juz`). Bagi satu kumpulan (satu juz`) tiga orang atau lebih menurut ramainya peserta yang hadir – atau mungkin paling minimum satu kumpulan 2 orang seorang baca, seorang mendengar dan menegur kesilapan. Biasanya lama masanya satu jam boleh ditamatkan tiga puluh juz`.
Malam ini Tadarus Daurah dilakukan di Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Tambahan. Jemputan dan jamaah setempat hadir sama bersolat Maghrib hingga ke Isya`. Pada malam ini ada sedikit pembukaan oleh Tuan Haji Zulkifli Pengerusi surau, dan ucapan terima kasih oleh YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Adun Bangi merasmikannya. Adun memuji budaya unik ini yang kini sudah enam tahun berjalan dan ini adalah kali ke tujuh bagi tahun 2011, Menurut Adun melalui Tadarus Daurah dapat memahirkan pembacaan al-Qur`an dan mengeratkan hubungan antara surau dan penduduk. Ini juga merupakan persediaan bagi menyambut Ramadhan yang tadarus makin dipertingkatkan. Hadir pada malam ini selain dari Adun, Dr. Tajul dan Tuan Haji Zulkifli ialah Tuan Haji Ghazali Abbas Timbalan YDP Persatuan Penduduk dan Pengerusi Surau an-Nur yang memberi taklimat mengenai kaedah-kaedah bertadarrus,Tuan Haji Rusli Imam Surau Ar-Rahim YDP Penduduk Seksyen 8 Tambahan Tuan Haji Ali,, Ustaz Iskandar yang membawa bersamanya murid-murid Tahfiz Sungai Tangkas, Ustaz Ilyas Guru dari STAM Sungai Ramal dan ahli jamaah setempat.
Selepas khatam pembacaan ayat lazim, ratib dan doa Khatam Qur`an. Setelah tamat acara Tadarus Daurah, penghargaan dan penyampaian bantuan kepada anak-anak tahfiz diminta Adun sampaikan. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.
Sekian.
Nota: Mungkin boleh dipraktikkan di kawasan kita.