feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Awasi kenderaan2 ini!

Awasi kenderaan2 ini!

Salam sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.

Saya baru mendapat maklumat dari Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra mengenai kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini di kawasan kejiranan Princeton (berjiran dengan Vista Seri Putra). Sebuah rumah di kawasan tersebut telah dipecah masuk waktu siang dan kejadian disedari oleh seorang jiran. Suspek antara 4-5 orang dipercayai berbangsa asing menaiki sebuah kereta NAZA CITRA berwarna SILVER nombor pendaftaran tidak diketahui, manakala jumlah kerugian juga tidak diketahui.

Warga BSP juga diminta berhati-hati dengan sebuah lagi kereta PROTON PESONA warna HITAM dinaiki oleh 2-3 orang berbangsa Melayu dan India yang berlegar-legar dikawasan BSP dipercayai juga untuk melakukan jenayah.

Warga BSP yang ternampak kenderaan-kenderaan diatas atau kenderaan2 lain dalam keadaan mencurigakan sila laporkan ke Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra dengan segera.

Sekia, terima kasih.

Azizuddin Zailan.





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.