feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





SP5 - Ibadah Korban

Assalamualaikuk w.b.t


Ramadhan telah pun lama meninggalkan kita, semoga segala amalan di terima, dan begitu juga syawal, baru sahaja meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan penuh kemaafan. Antara rakaman kenangan, majlis baraan (yang ke-6) telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di semua peringkat usia.

Kini bulan Zulkaedah, dan Zulhijjah akan menjelma tidak lama lagi yang mana bulan yang penuh dengan pengertian pengorbanan. Malah saya rasa dah ramai yang mulai memenuhi jemputan kenduri doa selamat untuk mereka-mereka yang akan pergi menunaikan ibadah haji.

Justeru, kami dari Biro Agama SP5, seperti tahun lalu, ingin mempelawa kepada semua kejiranan SP5 untuk menyertai ibadah korban untuk kali ke-2 ini. Seperti tahun lalu, kali ini ibadah korban ini juga di lakukan sendiri secara gotong royong dan di akhiri dengan pekena sop (insyaAllah).

Hatta, sehubungan dengan perkembangan ekonomi semasa, maka kadar harga se-ekor lembu setelah dibahagikan kepada 7-bahagian TIDAK BOLEH LAGI PADA RM350 kesan serangan penyakit lembu-lembu dari Siam. Dengan mengambil kira pelbagai kos dan kesan harga semasa, maka AJK telah bersetuju dan memutuskan mahar untuk satu bahagian adalah RM390 untuk masa ini (*sekiranya terdapat sebarang pindaan akan diberitahu kelak).

Dengan ini, kepada yang ingin menjalani ibadah korban bolehlah membuat tempahan melalui email (klik sini) atau SMS/call ke 013 - 254 4971 (Salman), 019-7282044 (Abu Bakar Sohit), 012-2655203 (Khair) atau mana-mana AJK SP5.

Untuk masa ini tiada had yang ditetapkan untuk bahagian korban ini kerana kita telah mendapat sokongan dari pembekal untuk menyediakan penyembelih dan 2-orang pelapah yang akan membantu pada hari tersebut. InsyaAllah. Tentatif aturcara majlis untuk hari tersebut juga akan diberitahu kemudian.

Seperti ibadah korban tahun lalu, telah membawa kenangan begitu manis bagi kita semua, lebih-lebih lagi bila ada kawan kita yang bermain "jet ski" dengan lembu...hihihii.....dan juga, kita telah menerima pelbagai jenis sumbangan dari kejiranan kita ini, (terimakasih sangat-sangat), jadi kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan untuk program kali ini bolehlah berbuat demikian dengan menyatakan hasrat kepada penama di atas tadi atau AJK dan penghantarannya bolehlah dibuat seminggu dua sebelum hari tashriq nanti (Hari-hari tashriq dalam Istilah Islam adalah hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Dengan itu, kami berharap program kali ini akan mendapat memberi peluang yang lebih kepada mereka-mereka yang "missed" tahun lalu untuk melakukan ibadah korban dan kepada kita semua akan dapat memantapkan lagi ukhwah sesama kita semua. InsyaAllah.

Buatlah tempahan anda sekarang!!

Sekian, wasalam.


sekadar hiasan

        RM390.00 satu bahagian


sekadar hiasan

__._
-Salman






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.