feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Hujan tidak lemahkan warga Seriputra5 (SP5) bergotong-royong

Bandar Seri Putra, 24 Oktober 2010.
Tulisan dan gambar oleh Khai@BSP.

Hujan tidak melemahkan semangat warga Seriputra5 (SP5) untuk beramai-ramai menjayakan program gotong-royong (membasmi aedes) dan program kitar semula untuk menambah tabung kewangan persatuan. Warga SP5 baik lelaki, wanita dan kanak-kanak bersama-sama menghadirkan diri dan berganding tenaga dalam program ini.

Dianggar sekitar lebih 30 orang warga SP5 telah turut serta yang dibahagikan kepada 4 tim.

Tim pertama, tim membersih longkang telah diketuai oleh En Abu Bakar telah diminta untuk membersihkan longkang dan memastikan aliran air berjalan lancar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs157.snc4/37209_459954862995_163419787995_5359893_3694197_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs811.snc4/69131_459956097995_163419787995_5359941_5984283_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs906.snc4/71961_459954832995_163419787995_5359891_1085157_n.jpg

Tim kedua, tim membaja. Diketuai En Din Pilot telah mengelilingi kawasan SP5 untuk membaja pokok-pokok sekitar dan mencantikkan pokok yang tidak kemas.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs786.snc4/66604_459956277995_163419787995_5359948_786684_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs827.snc4/68781_459956312995_163419787995_5359950_1237438_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs786.snc4/66620_459956702995_163419787995_5359967_979382_n.jpg

Tim ketiga, tim memotong pokok. Tugasan kali ini adalah memotong pokok dibelakang rumah Dr. Ramizi yang baru sahaja menghabiskan thesis kedoktoran beliau. Disamping itu, tim ini juga perlu memastikan pokok-pokok besar berada dalam keadaan baik dan kemas.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs463.ash2/73603_459955117995_163419787995_5359904_685791_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs882.snc4/71558_459955557995_163419787995_5359921_5523155_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs444.ash2/71788_459955707995_163419787995_5359925_947830_n.jpg

Tim keempat, tim pengangkutan yang diketuai oleh En. Omar. Tim ini memberi sokongan kepada ketiga-tiga tim sebelum ini. Sampah dan lebihan pokok telah diangkut dari tempat tertentu dan dihantar ke kawasan yang telah ditetapkan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs192.snc4/37936_459957347995_163419787995_5359995_2149000_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs094.snc4/36052_459957022995_163419787995_5359981_6933328_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs914.snc4/72777_459957442995_163419787995_5360000_3084431_n.jpg

Menurut Pengerusi Kesatuan Penduduk SP5, En Jefri Jaafar, beliau amat berbangga kerana hujan tidak menghalang warga SP5 untuk turut sama bergotong-royong kali ke-3 bagi tahun 2010. Bukan sahaja kaum lelaki yang turut serta, tapi kaum wanita dan anak-anak SP5 turut hadir menyumbang tenaga. Tambah beliau, program gotong-royong ini perlu dilakukan secara berterusan agar kawasan SP5 sentiasa bersih dan kemas. Disamping itu ia juga mengelakkan daripada sebarang penyakit terutama demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes. Menurut beliau lagi, kerjasama ini juga mengeratkan hubungan sesama jiran yang biasanya jarang kelihatan akibat kesibukan bekerja. Ruang ini digunakan untuk bertukar cerita dan bertanya khabar disamping mengenali lebih dekat keluarga masing-masing dengan kehadiran kaum ibu dan anak-anak.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs833.snc4/69394_459957177995_163419787995_5359987_6690553_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs005.snc4/33636_459957287995_163419787995_5359992_1769617_n.jpg

En. Rosley salah seorang ahli jawatankuasa penduduk pula merasakan program ini berjaya kerana kehadiran warga SP5 dengan keadaan ceria dan boleh bergurau senda sesama jiran walaupun dalam keadaan basah. Katanya, jarang dapat bermain hujan akibat kerja seharian yang lebih banyak terperangkap di dalam pejabat. "Tapi hari ini saya gembira, walaupun basah tapi saya seronok". "Kawan-kawan lain pun nampaknya menikmatinya."

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs904.snc4/71748_459957102995_163419787995_5359984_8295572_n.jpg

En. Abu Zarim pula berkata, " Walaupun saya sedikit berusia, tak terasa keletihannya".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs397.ash2/67546_459957162995_163419787995_5359986_8032297_n.jpg

Barangan kitar semula seperti kertas surat khabar, tin dan botol platik yang telah dikumpul akan dijual kepada peraih dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kesatuan bagi kegunaan masa depan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs894.snc4/72760_459957412995_163419787995_5359998_5832487_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs054.ash2/36086_459957502995_163419787995_5360003_5259486_n.jpg

Majlis yang dimulakan dengan jamuan ringan, diakhiri dengan jamuan ringan juga. Program selesai jam 11.30 pagi.










Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.