feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Majlis Baraan Sempena Syawal 2010

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera untuk semua Warga Kejiranan SP5,

Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis baraan adalah merupakan aktiviti tetap tahunan didalam bulan Syawal. Untuk maklumam ahli kejiranan yang buat pertama kalinya menyambut syawal di SP5 pada tahun ini, Majlis Baraan ini adalah aktiviti kujungan ahli-ahli kejiranan (Lelaki & Kanak-kanak) kerumah ahli yang sudi menerima kunjungan kami. Selain dari berselawat keatas 'Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W', kesempatan ini juga akan dihiasi dengan majlis berkenalan dengan 'Tuan Rumah' and maaf bermaafan semperna bulan Syawal / Hari Raya.

Memandangkan masa untuk majlis ini adalah terhad berbanding dengan jumlah rumah yang ingin dikujungi, adalah menjadi harapan kami (AJK) agar 'Tuan Rumah' hanya menyediakan minuman ringan sahaja semasa kujungan dibuat kerumah anda. Sementara itu juadah juadah yang disediakan hendaklah dikumpulkan di rumah persinggahan yang telah dikenal pasti akan dimaklumkan kemudian.

Untuk melancarkan lagi majlis yang telah dirancang, adalah diharapkan agar Warga SP5 yang ingin menawarkan rumah meraka dikunjungi oleh ahli-ahli jemaah agar dapat memaklumkan tujuan / hajat anda kepada AJK atau Wakil Jalan. Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa kita untuk menyertai majlis baraan pada tahun ini.

Kerjasama dari Warga Kejiranan SP5 amat dihargai dalam menjayakan majlis yang telah dirancang seperti dibawah;

Mon (20-Sep) - Baraan bermula jalan 5/5 - Atas
Tue (21-Sep) - Baraan bermula jalan 5/5 - Bawah
Wed (22-Sep) - Baraan bermula jalan 5/3
Thr (23-Sep) - Baraan bermula jalan 5/4 & 5/2
Fri (24-Sep) -  Baraan bermula jalan 5/7

Sat (25-Sep) - Abu Zarim Daughter's Nikah
Sun (26-Sep) - Abu Zarim Event Day - Persandingan
Mon (27-Sep) - Baraan bermula jalan 5/6 - Atas
Tue (28-Sep) - Baraan bermula jalan 5/6 - Bawah


Jadual di atas boleh juga dirujuk di kalendar dalam talian SP5 di sini:
http://www.google.com/calendar/embed?src=ehr3n7lg4mh0ev5lhkf18gk45s%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur

Di samping itu, En Abu Zarim juga akan menjemput warga SP5 ke majlis kenduri kahwin anaknya pada 26 September 2010.

Sekian. Terimakasih

Khai bagi pihak Persatuan Kejiranan SP5








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.