feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Ingatan : Program Gotong-Royong Surau Al-Hijrah

assalamualaikum

 

flyers - BW.jpg

 

Dijemput kepada semua Anak Kariah Surau Al-Hijrah untuk bersama-sama BERGOTONG-ROYONG di surau kita bagi memperkemas dan memperelokkan apa yang ada supaya kita bersedia untuk bulan Ramadhan yang menjelang tiba. Lebih ramai kita, lagi banyak perkara yang boleh kita lakukan. Surau yang kita bina ni pun dah semakin uzur, jadi sementara belum tukar kepada surau baru  Grinmarilah kita mengambil pahala daripadanya sedikit sebanyak.

Kita juga akan bersama-sama bergotong-royong memasak gulai kawah. Perkara yang dah lama kita tak lakukan bersama-sama. Masak & makan di surau 
GrinKali ini dengan diketuai oleh Chef Rozizan & Pengurusan Mazni, Insyaallah gulai kawah ini akan menjadi sebutan ramai.

Insyaallah, selepas Maghrib kita akan mengadakan majlis bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat agar roh yang telah pergi, kita yang masih ada dan kejiranan kita semua selamat dari sebarang bencana. Selepas itu, kita akan sama-sama berkemas
.

 

Sekian, wassalam.

 

 

Signature Email I

Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

 








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.