feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





FW: KES PECAH MASUK RUMAH/KECURIAN

---------- Forwarded message ----------

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Semua penduduk yang dihormati,

 

1.         Dua kes baru pecah masuk rumah dilaporkan pada 19 Ogos 2010:-

 

1.1.             No. 37, Jalan Seri Putra 3/L.  Meninggalkan rumah awal pagi dan sekembalinya LK jam 5.30 petang mendapati rumah telah dipecah masuk.  Keseluruhan rumah telah diselongkah dan tiada kerugian yang dilaporkan.

 

1.2.             No. 10, Jalan Seri Putra 2/3D.  Dipecah masuk pada 18 Ogos 2010 yang disedari dan ditegur oleh jiran apabila penjenayah keluar dari rumah tersebut dan lari menaiki kereta Satria (nombor palsu) seramai 3 lelaki.  Kerugian tidak dapat dimaklumkan.

 

2.         Ekoran daripada kejadian ini, masih terdapat penduduk-penduduk yang tidak tahu nombor telefon Balai Polis Bangi di Bandar Seri Putra.  Satu kerugian kerana penjenayah tidak dapat dihalang atau ditangkap ekoran daripada maklumat lambat sampai kepengetahuan Polis.  Adalah dinasihatkan supaya nombor telefon Balai Polis direkodkan di dalam 'speed dial' HP masing-masing supaya ianya dapat digunakan dengan pantas.  BALAI POLIS BANGI DI BANDAR SERI PUTRA 03-8925 8222

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.