feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Laporan Posman di Bandar Seri Putra

Salam,

Perasan tak kebelakangan ini posman kat kawasan kita hanya letakkan surat di pagar rumah. Kemungkinan basah kena hujan atau diterbangkan angin surat-surat kita. Saya dan wife ada buat laporan (tengok kat bawah).

Harap-harapnya adalah perubahan selepas ini. Kalau tak, marilah kita ramai-ramai buat laporan.

-Khai-

Forwarded conversation
Subject: Posman di Bandar Seri Putra
------------------------

Assalammualaikum,

Saya ingin menyatakan kekecewaan khidmat penghataran surat di Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang.

Ianya berlaku semenjak 2 minggu lepas. Pegawai pos yang menghantar surat ke rumah saya dan jiran2 TIDAK DIMASUKKAN DALAM PETI SURAT. IAnya hanya disangkut di pagar tanpa ada kepastian ianya tidak diterbangkan angin. Serta bayangkan apa akan terjadi kepada surat kami jika HUJAN?

Saya berharap, ianya dapat diperbaiki untuk mengelakkan surat penting daripada hilang atau diambil oleh anak-anak nakal atau basah kerana hujan.

Sekian terima kasih.

Khai
Jalan Seri Putra x/6
Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor.

----------
From: Call Centre Service <csc@pos.com.my>
Date: 2010/8/17


Selamat sejahtera,

 

Terima kasih atas e-mel yang kami terima pada 16/08/2010.                                                    

 

Harap maklum bahawa maklumbalas  yang telah kami terima telah dimajukan kepada Bahagian/Unit yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

 

Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.                                                                                      

                                                                               

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak Pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300 300 dari 8:30 pagi hingga 9:30 malam setiap Isnin hingga Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan Cuti Umum) atau e-mel ke csc@pos.com.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

    bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD

 

Ashila Mohamed Aris

Pusat Khidmat Pelanggan








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.