feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Kejadian Ragut Di Pangsapuri Seri Dahlia

Kejadian Ragut Di Pangsapuri Seri Dahlia

Satu kejadian ragut telah berlaku tengahari tadi (20hb Sept) di Pangsapuri Seri Dahlia lebih kurang jam 2.00. Kejadian berlaku semasa ramai kanak-kanak sedang menunggu Bas/Van sekolah untuk ke Sekolah Rendah Agama.

Mangsa seorang wanita India telah diragut rantai leher dan beg duit (kerugian tidak diketahui) oleh dua (2) orang suspek dipercayai berbangsa Melayu menaiki motorsikal "Cub" berwarna biru (jenis tidak diketahui). Menurut beberapa kanak-kanak yang menyaksikan kejadian tersebut kedua-dua suspek telah dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut beberapa kali sebelum itu.

Ada warga Seri Dahlia yang mendengar berkenaan kejadian tersebut telah cuba menjejaki suspek sehingga ke Bukit Mahkota, malangnya suspek telah menghilangkan diri. Seorang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut berkata suspek juga sempat dilihat melambaikan tangan kepada mangsa sebelum melarikan diri.

Kepada warga Bandar Seri Putra diminta lebih berhati-hati dan berwaspada dengan orang-orang yang tidak dikenali dan mencurigakan. Laporkan ke Balai Polis sekiranya ada ternampak kejadian-kejadian yang mencurigakan.

JENAYAH CEGAH SEBELUM PARAH





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.