Carian entri blog
JJCM: Sup Power Seremban
"Hari tu saya ke Seremban nak sarapan tak jumpa mana-mana gerai pun", kata saya memulakan perbualan.
"Seremban? Banyak tempat. Kau je tak tahu tempatnya", kata jiran saya.
"Ni ada satu tempat betul-betul di bandar Seremban, sup kow punyalah", tambah dia lagi.
"Dari highway terus sampai simpang tiga kat bandar Seremban tu, belok kiri. Jumpa trafik light pertama, terus. Dari situ lorong ketiga sebelah kiri kau nampak jalan tutup dan banyak gerai-gerai. Kat situlah ada sup memang kow punya. Ada ayam dan ada kambing".
Selang 4 minggu.
Maklumat yang diberi nampaknya tidak mengecewakan. Hasil tinjauan dan setelah mencuba, sup kambing atau ayamnya memang kow.
Ada dua gerai di situ yang menjual sup. Saya mencuba gerai yang betul-betul berhadapan dengan KFC. Disebelahnya ada mee goreng mamak yang akan saya cuba di masa lain. Tapi nampak gaya masakannya seperti mee goreng mamak zaman 80an yang saya minati. Akibat kekenyangan, maka lain kali sahaja saya mencubanya. Yang penting misi mencari tempat telah berjumpa. Terima kasih Nuhman dan abang Mamat CIMB.
Cubalah bila ke Seremban.
~~~~~~~~~
Khaiatbsp