Carian entri blog
Baraan / Marhaban 2011
Posted by
khaiatbsp
Salam & Greetings,
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Program Baraan / Marhaban adalah menjadi salah satu aturcara tahunan Persatuan Kejiranan SP5. Untuk tahun ini, Program Baraan / Marhaban akan bermula pada 5 September 2011 (Isnin) dan berakhir pada 10 September 2011 (Sabtu). Memandangkan Ketua Baraan / Marhaban, Saudara Salman berada di luar negara, AJK SP5 memohon kerjasama Saudari Ramizi dan Saudara Fadzel serta dibantu oleh rakan-rakan yang lain mengetuai Program ini.
Berikut adalah jadual Baraan / Marhaban mengikut Jalan-Jalan.
Tarikh Hari Masa Jalan
05/09 Isnin 8 mlm SP5/6 Upper
06/09 Selasa 8 mlm SP5/6 Lower
07/09 Rabu 8 mlm SP5/5 Upper
08/09 Khamis 8 mlm SP5/5 Lower
09/09 Jumaat 8 mlm SP5/2 & SP5/7
10/09 Sabtu 9 pagi SP5/3 & SP5/4
Rumah 'Pit Stop' akan diumumkan kemudian dan seperti biasa juadah makanan dan minuman boleh dikumpulkan di rumah 'pit stop'. Tuan-tuan yang sudi menerima kunjungan kumpulan Baraan / Marhaban hanya perlu menyediakan makanan dan minuman ringan sahaja serta duit raya untuk anak-anak (kalau ada) yang sama-sama menyerikan program ini.
Untuk Jamuan Hari Raya SP5 (Grand Finale), ianya akan di adakan pada 10/09 hari Sabtu jam 12 tghari setelah selesai Baraan / Marhaban di Jalan SP5/3 dan SP5/4. Jamuan Hari Raya SP5 akan di adakan di Jalan SP5/6 berhadapan rumah Pengerusi SP5, Saudara Jeffri Jaafar. SEMUA WARGA SP5 TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA DIJEMPUT MENGHADIRI DAN MEMERIAHKAN JAMUAN HARI RAYA SP5.
Bagi membantu kos menjayakan Program ini, pihak AJK ingin memohon sumbangan minima RM10 untuk setiap unit dan ianya boleh diberikan kepada mana-mana AJK semasa kunjungan Baraan / Marhaban di Jalan Tuan-Tuan.
Diharapkan Program tahun ini akan lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini. InsyaAllah.
Terima kasih.
Bagi pihak AJK SP5 RA.
__._,
Baraan / Marhaban 2011
2011-09-01T21:18:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.