Carian entri blog
Mesyuarat Bulan Februari Surau Al-Hijrah
Alhamdulillah mesyuarat bulan Februari Surau Al-Hijrah telah diadakan pada Selasa lepas 22/2/2011.
- Ceramah bulanan ditetapkan setiap minggu ke-3 setiap bulan
- Gotong-royong akan diadakan sehari sebelum ceramah.
- Notis pemberitahuan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru telah mula dipamerkan.
- Ahli karyah dijemput untuk memperbaharui keahlian khairat kematian bagi tahun 2011.
- Borang dan buku undang2 kecil khairat kematian akan mula diedarkan.
- Berkitan itu, biro khairat kematian akan mengadakan kursus mandi jenazah.
- Untuk khairat 2010, RM6,785 telah terkumpul dengan RM2700 dibelanjakan untuk 3 kematian. Wang di tangan sekarang adalah RM4,085
- Jumlah keahli bagi 2010 adalah seramai 133 orang.
- Perbelanjaan bulanan surau: api (RM230-240), kuliah (RM400-500), cleaner (RM80).
- Sebarang sumbangan am atau khusus boleh diserahkan kepada AJK atau terus kepada bendahari.
- Aktiviti 'recycle' boleh juga menambahkan tabungan surau dan telah berjaya dijalankan beberapa kali. Setiap kali dijual, sekitar RM5-20 berjaya diperolehi. Ahli karyah disarankan membantu aktiviti 'recycle' ini. Makluman tarikh pengumpulan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
- Program remaja akan diketengahkan untuk menarik remaja ke surau.
- Program berbasikal (sebelum ini dijalankan secara individu) akan mula diwar-warkan sebagai aktiviti surau.
- Buletin secara bulanan dan ziarah ahli karyah akan dijalankan untuk menyebarkan maklumat dan ilmu.
- Pemasangan papan tanda/banner perlu untuk mengetengahkan surau yang dikatakan tidak diketahui lokasinya. Lokasi juga akan ditandakan dalam googlemap.