Carian entri blog
FWD: KES PECAH MASUK RUMAH/CURI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua penduduk yang dihormati.
Dimaklumkan dua kes jenayah dilaporkan pagi ini, 16 Feb 2011:-
1. KES PECAH MASUK RUMAH - NO. 40, JALAN SERI PUTRA 3/M (D'SENTRAL). Rumah dimasuki oleh penjenayah, kemungkinan
diantara lebeh kurang jam 2:00 ke 4:00 pagi. Tiada kesan rumah dipecah masuk. Penjenayah memasuki rumah
dengan menggunakan anak kunci rumah yang diambil dengan menggunakan sebatang kayu sebagai galah;
panjang lebeh kurang 15 kaki melalui sliding door (bahan bukti tersebut ditemui). Barang yang hilang ialah
dua buah Laptop, empat buah H/P dan beberapa RM di dalam beg duit. Kunci kereta, kunci rumah dan beg-beg
duit yang diambil telah ditinggalkan di luar laman rumah.
2. CURI - NO. 29, JALAN SERI PUTRA 3/L (D'SENTRAL). Penjenayah adalah saspek yang sama dengan kes di atas kerana galah
yang digunakan ditemui di rumah mangsa. MO adalah sama menggunakan galah untuk mengambil anak kunci
rumah melalui sliding door tetapi yang dapat ialah kunci kereta. Kereta telah dibuka oleh saspek dan barang
yang hilang ialah Smart Card (Touch&Go). Kereta tidak diambil tetapi kunci kereta hilang, kemungkinan dibawa
lari oleh saspek. Tiada barang-barang di dalam rumah yang hilang dan tiada kesan rumah dipecah masuk.
Sekian, sila hebahkan kepada semua penduduk masing-masing.
Wassalam dan selamat sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB