feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Terima kasih menjayakan Majlis Ramah Mesra BSP 2012

Inline images 8

Inline images 4

Inline images 13

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 (MRMBSP2012)semalam secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang. Terima kasih juga kepada semua warga kerja MRMBSP2012. Bagi pihak warga kerja MRMBSP2012, kami ingin memohon maaf jika sebarang kekasaran atau kesilapan sepanjang majlis berlangsung.

Inline images 3

Inline images 9

Majlis yang bermula jam 10.15 pagi telah dihadiri oleh YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar; Ahli Majlis Zon 24, Tuan Haji Mazwan; pihak pengurusan tertinggi Bangi Heights Development Sdn Bhd, Tuan Zulkifli Gharib dan Mr Ng; ketua-ketua skim Bandar Seri Putra (BSP); wakil-wakil pemimpin BSP dan warga BSP sendiri. Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Yusof mengalu-alukan semua yang hadir pada pagi tersebut disamping mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis pada pagi itu. Majlis seumpama ini adalah kali ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan tema tahun ini "JIRAN DIDAHULUKAN, KESEPAKATAN DIUTAMAKAN".

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis adalah permainan belon udara percuma untuk kanak-kanak. Disamping itu juga, ais krim kon percuma yang menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang. Persembahan daripada NGO, individu, tadika, pelajar KUIS daripada sekitar BSP juga telah menjadikan majlis lebih ceria. Serta makanan dan minuman yang dihidangkan memenuhi selera pengunjung yang hadir. Akhirnya, acara cabutan bertuah yang menyediakan lebih 40 hadih atau hamper dengan hadiah uatama TV flat screen.

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Apa yang boleh disimpulkan, majlis ini antara lain telah mengumpul penduduk di BSP disamping memperkenalkan persatuan kepada penduduk setempat. Majlis ini juga mendapat bantuan daripada persatuan-persatuan skim di BSP yang menyediakan buah fikiran serta tenaga sehingga majlis ini berjaya disempurnakan.

Lagi gambar di sini:
Dari lensa SU - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414609768594457.93661.169051276483642&type=1
Dari lensa pembantu khas YB - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.497901423554199.120680.100000030372738&type=1

Akhir kata, bagi pihak PPBSP saya ucapkan terima kasih sepada semua. Insya-Allah tahun depan kita berjumpa lagi.

Sekian.

Khai (Setiausaha dan Ketua Biro Penerangan & Komunikasi)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.










Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.