feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

Inline images 1


Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang  bertempat di Padang Permainan SP5.

Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-


Jamuan Makan
Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah membawa makanan atau kuih-muih untuk dijamah bersama.

Permainan
Padang Permainan Angin (Inflatable Playground) disediakan khas untuk anak-anak bawar 12 tahun secara percuma. Juga terdapat permainan menunggang kuda (Pony Ride) disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Cabutan Bertuah
Menangilah hadiah utama berupa Flat Screen TV, Bladeless Cooling Stand Fan dan Basikal. Selain itu lebih dari 50 hamper juga tersedia untuk dimenangi. Kesemua hadiah ini adalah khas untuk pengunjung warga Bandar Seri Putra sahaja. Pengunjung warga Bandar Seri Putra diminta mendaftar pada masa kehadiran untuk membolehkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pendaftaran dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Satu rumah hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Persembahan
Berbagai acara disediakan terdiri dari persembahan Tadika, SK BSP, SRA BSP, SMK BSP, Madarasah as-Syakirin & Idola Kecil Adik Muaz. Selain itu terdapat persembahan kompang, muzik tradisonal dan silat.


Gerai Jualan
Kunjungilah gerai-gerai jualan yang akan menjual dan mempromosikan berbagai produk pakaian, keselamatan, kursus, kewangan, makanan dll.

Keselamatan
Keselamatan lalu lintas dan PBSM disediakan bagi membantu mengawal keselamatan. Dipohon dari semua pengunjung untuk mematuhi beberapa arahan dari sukarelawan Keselamatan PPBSP bagi melancarkan perjalanan majlis ini.


Selamat berkunjung. Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan.


Sebarang pertanyaan, sumbangan & aduan, sila hubungi Arzock Nassar tel/sms 0122195909 atau e-mail arzock@ymail.com

Arzock Nassar adalah pengarah program Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 merangkap Bendahari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP). 
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.























Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.