feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Re: [ajkppbsp] 'COMMUNITY POLICING' - PROGRAK KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJANG

Inline images 1


Inline images 2


Inline images 3

* Klik gambar untuk pembesaran


Salam Sejahtera,

 

1.        Bangi Heights Development Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara yang dinamakan 'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang pada 30 Jun 2012 bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan 'Sales Gallery', Bangi Heights Development Sdn Bhd.  Aturcara yang diaturkan adalah bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara PDRM dan masyarakat setempat serta mewujudkan kemesraan tanpa batasan antara Polis dan masyarakat serta bersama-sama berinteraksi untuk memperolehi informasi jenayah masa kini. Disamping itu, ianya juga merapatkan lagi kemesraan penduduk-penduduk dengan pemaju; Bangi Heights Development Sdn Bhd yang telah sedia terjalin selama ini.

 

2.        Program ini akan disertai oleh semua penduduk daripada 21 taman di Bandar Seri Putra.  Jalan-jalan yang akan dilalui untuk kayuhan basikal ini adalah di Bandar Seri Putra.  Sila lihat pelan yang disertakanVIP yang diundang adalah YDH ACP Ab Rashid bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang dan tetamu kehormat adalah YBhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj.  Sila lihat aturcara yang dikepilkan.

 

3.        Semua penduduk adalah dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dengan menyertai kayuhan basikal ini.  Sila bawa basikal masing-masing bersama.  T-Shirt percuma akan diberikan kepada semua yang mendaftar untuk kayuhan basikal.  Selain daripada kayuhan basikal, beberapa aktiviti juga diadakan seperti pameran Polis, K9 (Unit Anjing Pengesan), kenderaan peronda Polis, kaunter Rakan Cop dan tidak ketinggalan diadakan "cabutan bertuah" untuk semua penduduk yang mendaftar menyertai kayuhan basikal (akan diberi nombor cabutan bertuah semasa pendaftaran).

 

4.        Mohon pengerusi-pengerusi skim menghebahkan kepada semua komuniti.  Banner pemberitahuan akan dipamerkan dua minggu sebelum tarikh program diadakan.  Sila war-warkan program ini untuk persiapan masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.