feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Gotong-Royong SP5 11 Feb 2012


A'kum WRT & Salam Sejahtera Warge SP5,
 
Memandangkan permintaan begitu tinggi untuk Warga SP5 menegangkan otot - otot yang telah longgar setelah agak lama tidak mengadakan majlis gotong- royong, kami telah teruja dan bersetuju untuk mengadakan MAJLIS GOTONG ROYONG SP5 yang pertama bagi Tahun 2012 seperti berikut :-
 
                               Tarikh         :    11 hb Februari 2012
                                Hari            :    Sabtu
                                Masa         :    7.30 pagi
         Tempat Berkumpul         :    No. 2 Jalan 5/5 ( SP5 Kelab House)
        Peralatan & Pakain          :     Yang bersesuain  (Baju kelab EPL simpan kat rumah nanti kotor plak)
 
Sarapan NASI LEMAK,  KUIH - KUIH (Karipap & Kochi - ni wajib ada),  serta minuman akan disediakan. Walaubagaimanapun kepada Puan - Puan yang teror memasak tu...serta berhajat untuk menghulurkan 'pot luck' amat di alu-alukan.
 
Kepada Warga SP5 yang di perantauan (tinggal di rumah lain ) seperti Hj Halim, Kol (B) Basah, Abg Hashim Marman dan yang lain lain tu...pulanglah  di hari yang mulia ini untuk sama - sama memeriahkan  majlis gotong royong  kita.
 
Kepada "Kaki tebas padang goft" anda di beri MC (dapatkan dari Dr Mizi atau Dr Tukimat atau Dr Sallehi)  untuk main goft saja pada hari tersebut tetapi di wajibkan turun bergotong royong.......
 
Kepada semua.. rancang jdual balik kampung  atau bercuti anda....UTAMAKAN MAJLIS GOTONG ROYONG kita di SP5.
 
 
Sekian. Harap Maklum.
 
Rosley Abd Aziz
Setiausaha Persatuan Kejiranan SP5
       






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.