Carian entri blog
Suri rumah perlu berhati-hati walaupun jemur kain
Dengan kos sara hidup yang meningkat, pelbagai kes jenayah kita dengari. Semakin terdesak penjenayah sekarang ini dan mereka semakin berani.
Kita pun perlulah lebih berwaspada dan perlu berani juga dalam menangani sebarang isu di depan mata kita.
Taktik seperti membuka pili air luar rumah dengan penjenayah menyorok dan menyerbu tuan rumah apabila cuba menutupnya adalah antara kes yg senjadi buah mulut orang.
Yang terkini tetapi sangat tidak masuk akal apakah tujuan sebenar penjenayah menyimbah asid. Mungkin sahaja itu sebagai satu serangan sebelum barangan peribadi mangsa di rompak. Tetapi aksi sebegini amat jijik dan tidak berperikemaknusiaan. Sedangkan berperang pun ada undang-undangnya. Tapi penjenayah ini langsung tak mempunyai fikiran yang waras.
khaiatbsp.blogspot.com
DISAMUN SELEPAS SIDAI PAKAIAN
Sinar Harian, 10 Jun 2011
ALOR GAJAH - Seorang suri rumah di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, dekat sini melalui detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki dua perompak, minggu lalu.
Tidak cukup dengan itu, perompak terbabit juga mengugut untuk membunuh seorang daripada anaknya.
Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang 1 Jun lalu, T.Malar, 28, sedang menyidai pakaian di belakang rumah dan masuk ke rumah beberapa minit selepas itu.
"Sebaik saya dan anak perempuan berusia 10 tahun masuk ke rumah, saya sedari kedua-dua perompak itu sudah berada dalam rumah saya. Manakala, anak bongsu saya berusia setahun sedang tidur dalam bilik.
"Kemudian mereka menutup pintu belakang dan mengarahkan saya membuka rantai kahwin saya, gelang tangan dan sepasang subang yang dipakai. Perompak itu turut bertindak ganas dengan mengacu parang di leher anak saya," katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit juga mengarahkannya menunjukkan kedudukan bilik utama serta merampas telefon bimbit.
Dia yang berada dalam ketakutan turut menangis merayu perompak berkenaan tidak mengapa-apakan anaknya dan membenarkan perompak itu mengambil apa saja yang dimahukan, asalkan tidak mencederakan anak perempuannya itu.
Dalam kejadian itu, katanya, perompak terbabit mengambil wang syiling yang disimpan dalam tabung, wang kertas berjumlah RM1,000 yang diletakkan dalam satu bekas.
"Selepas mereka mengambil kesemua wang yang ada perompak itu mengambil sebuah beg yang menyimpan pelbagai katalog jualan langsung dan memasukkan kesemua wang itu ke dalam beg, sebelum menggeledah bilik dalam rumah itu.
"Perompak itu berjaya menemui sejumlah RM1,500 lagi wang simpanan yang diletakkan di celah pakaian dalam sebuah rak," katanya.
"Selepas perompak itu dapat kesemua dimahukan, mereka mengikat saya di sebuah kerusi meja makan dengan tangan kanan saya diikat ke belakang menggunakan tali pita dan mulut saya juga ditutup dan dibalut menggunakan tali pita yang sama.
"Sementara tangan kiri saya mendukung anak lelaki. Anak perempuan saya sudah dilepaskan dan berada di pangku saya sebelum perompak itu melarikan diri mengikut pintu belakang rumah," katanya.
Malar bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan tangan kanan dan berlari ke rumah jiran meminta bantuan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun keseksaan menyamun menggunakan senjata.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9177242.asp