feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Hati2 bila mengeluarkan wang di mesin ATM

Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.

Petang tadi (Isnin 13-06-2011) lebih kurang jam 7.00 p.m. saya mendapat maklumat melalui khidmat PTT Skuad Pemantau yang melaporkan tentang satu kejadian samun.

Kes berlaku pada lebih kurang jam 6.30 p.m. apabila mangsa seorang lelaki melayu telah mengeluarkan wang melalui mesin ATM di RHB Bank Precint 8 Putrajaya. Mangsa dipercayai telah diekori oleh 2 orang dipercayai berbangsa melayu menaiki motorsikal EX5 warna biru nombor pendaftaran tidak diketahui seorang memakai topi keledar warna merah dan seorang lagi berwarna hitam sehingga ke Jirat Cina di Kg. Dato Ahmad Razali, Dengkil.

Disitu mangsa telah ditahan oleh kedua-dua suspek dan mengacu senjata tajam ke leher mangsa. Wang sebanyak RM600.00 yang baru dikeluarkan dari Mesin ATM telah disamun.Adalah dipercayai mangsa telah diperhatikan oleh kedua-dua suspek apabila mengeluarkan wang di mesin ATM tersebut. Suspek telah melarikan diri ke arah Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tuan/puan yang baru mengeluarkan wang melalui mesin ATM adalah dinasihatkan supaya mengunci kenderaan apabila masuk dan menutup keseluruhan cermin tingkap kenderaan. Penjenayah sentiasa mengambil kesempatan diatas kealpaan kita.

Azizuddin Zailan

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2011/06/hati2-bila-mengeluarkan-wang-di-mesin.html






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.