feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Pengawal terima gaji baru akhir bulan ini

Pengawal terima gaji baru akhir bulan ini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

12/01/2011 2:33pm

KUALA LUMPUR, 12 Jan. - Lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan di negara ini dijangka menerima gaji minimum RM700 pada hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, kerajaan tidak berganjak daripada keputusan bahawa pelaksanaan gaji minimum itu adalah pada 1 Januari lepas.

Jika ada pengawal keselamatan tidak menerima gaji baru pada 31 Januari ini, mereka harus bertanya kepada majikan dan membuat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran sekiranya masih tidak ada perubahan selepas itu, katanya di sini hari ini.

Sheikh Yahya berkata, jabatan itu telah berjumpa dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia bagi menjelaskan keputusan kerajaan tersebut.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan tersebut yang seiring dengan salah satu resolusi yang dibuat mereka pada persidangan bulan lepas. - Bernama







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.