Carian entri blog
Majlis Ibadah Korban 2010
SERIPUTERA 5, MAJLIS KORBAN 2010
AIDILADHA 1431 HIJRAH
Assalamualaikum kepada semua SP5
Sebagaimana yang Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/i sedia maklum, bahawa kejiranan kita akan mengadakan majlis korban pada Sabtu, 20 November, 2010, sebermula jam 7.00 pagi.
Kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepada penyertaan yang amat menggalakkan, sehingga kita mampu mendapatkan penyertaan sehingga 5 ekor lembu untuk di korbankan pada tahun ini. Semoga segala amalan yang dikerjakan akan mendapat rahmat dari illahi.
Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan majis tersebut, kami amat berbesar hati sekiranya semua warga SP5 dapat sama-sama hadir dan bergotong royong bagi menyempurnakan majlis tersebut. Di samping itu juga, kepada para dermawan, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda dalam bentuk Tunai atau beras (10kg x 3), minyak masak (5kg x 3), air mineral (200 liter @ 500ml ), kicap (2 liter x 3), Good Morning Towel, atau pinggan mangkuk plastik bagi melengkapkan majlis tersebut. Setiap sumbangan bolehlah di salurkan kepada ABU BAKAR SOHIT (4, 5/6, 019-7282044), Salman (13, 5/6, 013-2544971), Rosley (6, 5/5, 012-2700670) atau saudara Fadhil (16, 5/5, 012-3203428).
Selain dari itu, pada hari berkenaan sumbangan Pot-Luck untuk sarapan pagi juga di alu-alukan. Juga kepada semua kaum ibu agar dapat sama-sama untuk bekerjasama dalam aktiviti memasak bagi tujuan jamuan tengahari.
Sumbangan, sokongan dan semangat gotong royong Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/i dan anak-anak sekelian amat di harapkan.
Jangan lupa untuk membawa parang, kapak dan batu asah bagi "mengerjakan" lembu yang telah dikorbankan. Kepada sesiapa yang ada besen besar, periuk besar, sudip besar, dll dapat kiranya meminjamkan (pastikan bertanda no. rumah dan jalan i.e 1655, bagi no 16, 5/5) alatan tersebut bagi melancarkan perjalanan kerja-kerja yang akan dijalankan kelak.
Sokongan dari setiap warga SP5 amat diharapkan dalam menjayakan majlis ini. Semoga setiap sokongan akan mendapat rahmat dari Allah SWT.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 H.
KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG AGAR BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN MEMANDU DENGAN PENUH BERHEMAH, DAN SEMOGA PEJALANAN ANDA DIBERKATI DAN DILINDUNGI DARI SEGALA SEBARANG KECELAKAAN.