Carian entri blog
BENGKEL BALIGH (PEREMPUAN) Di ILSAS Bangi 25 November
Melangkah ke alam dewasa "Remaja Bertaqwa Akhlaq Terpelihara"
Tarikh: 25 November 2010 (Khamis)
Masa: 8:00 pg -5:00 ptg Terbuka kepada: Anak-anak perempuan 10-12 tahun
Tempat: Bilik seminar, TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) Km 7, Jalan Ikram-Uniten Bandar Baru Bangi, Selangor (Masuk melalui pintu masuk UNITEN)
DIKENDALIKAN OLEH KHALIFAH YOUTH CIRCLE (KYC) KHALIFAH INSTITUTE Tel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 Emel: khalifahproject@yahoo.com DENGAN KERJASAMA (ILSAS) TNB Integrated Learning Solution PENGENALAN Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak lelaki dan perempuan akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka. Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka. Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimah yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi. Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan satu bengkel kefahaman tentang proses baligh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan secara berasingan. Bengkel ini terbuka untuk anak-anak PEREMPUAN 10 hingga 12 tahun. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Kehadiran ibu sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu dan anak. OBJEKTIF PROGRAM MASA PERKARA 8:00 pg Pendaftaran 8:30 pg Ice Breaking 9:00 pg Sesi 1 "Anatomi dan Fisiologi Sistem Reproduktif " (perbincangan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta pendidikan seks kesihatan reproduktif) 10:30 pg Minum pagi 11:00 pg Sesi 2 "Menjaga Kehormatan Diri" ( perbincangan mengenai tanggungjawab agama sesudah baligh) 12:00 pg Aktiviti dalam Kumpulan 1:00 t/hari Makan tengah hari Solat Zuhur Berjemaah 2:00 ptg Sesi 3 "Penderaan Seks dan Perhubungan Lelaki-Perempuan" (perbincangan mengenai penderaan seks & perhubungan antara lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam) 3:00 ptg Plan Tindakan "Strategi Menghadapi Cabaran Kini" 4:00 ptg Resolusi & Penutup Solat 'Asar Berjemaah 5:00 ptg Bersurai PENCERAMAH • Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku "Ibu Dibelai Anak Dibuai") • Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute) • Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute) FASILITATOR - Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC)
BORANG PENDAFTARAN:
Yuran : RM80.00 (seorang) RM50.00 (ibu) Untuk pendaftaran: è E-mel butiran diri anda seperti di dalam borang pendaftaran kepada: khalifahproject@yahoo.com atau è Faxkan ke 03 42565423
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami: 03-4256 6810 / 019 3083629 (Farah) / 012 9398427 (Mursyidi) Pembayaran boleh di bank in cash / cek / M2U kepada: KI Training & Consultancy Sdn. Bhd. (Maybank 562674202306) KHALIFAH INSTITUTE 427, Jalan 2, Taman Ampang Utama, |